Manhaj dakwah Habib Umar bin Hafiz

Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafiz atau lebih dikenali dengan Habib Umar merupakan salah seorang cendikiawan yang terkenal abad ini. Beliau merupakan seorang pendakwah dan pengasas kepada sebuah pusat pengajian yang berada di Selatan Yaman yang dinamakan sebagai Darul Mustafa. Beliau telah...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Wan Suhailah Wan Abdul Jalil, Abu Dardaa Mohamad
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Kesejahteraan Insan dan Komuniti, Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13825/
http://journalarticle.ukm.my/13825/
http://journalarticle.ukm.my/13825/1/361-Article%20Text-1319-1-10-20191214.pdf
Description
Summary:Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafiz atau lebih dikenali dengan Habib Umar merupakan salah seorang cendikiawan yang terkenal abad ini. Beliau merupakan seorang pendakwah dan pengasas kepada sebuah pusat pengajian yang berada di Selatan Yaman yang dinamakan sebagai Darul Mustafa. Beliau telah banyak melakukan dakwah dan meneruskan perkembangan dakwahnya dengan manhaj yang tersendiri. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk mengkaji latar belakang Habib Umar Bin Hafiz dan mengenalpasti manhaj yang digunakannya. Kertas kerja ini adalah kajian awal yang bersifat kualitatif yang menggunakan analisis dokumen sebagai kaedah pengumpulan data utama dan kaedah analisis data adalah berbentuk deskriptif. Hasil kajian menunjukkan latar belakang beliau adalah seorang ahlu bait dan berasal dari keturunan ulama yang baik. Manakala terdapat tiga manhaj yang digunakan oleh Habib Umar iaitu Ilmu, Suluk dan Tabligh. Manhaj ini khusus digunakan kepada para muridnya di Darul Mustafa dan semasa beliau berdakwah.