Kearifan lokal masyarakat Melayu Muslim Langkawi dalam pelancongan membantu pelestarian pembangunan masyarakat
Masyarakat Melayu Langkawi mewarisi kearifan lokal dalam kegiatan pelancongan sejak Pulau Langkawi diisytiharkan sebagai Pulau Bebas Cukai pada 1984. Artikel ini ditulis untuk menjelaskan bentuk kearifan lokal dalam pelancongan yang dapat membantu pelestarian pembangunan masyarakat Islam dan sikap m...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/13838/ http://journalarticle.ukm.my/13838/ http://journalarticle.ukm.my/13838/1/29764-91356-1-SM.pdf |
Summary: | Masyarakat Melayu Langkawi mewarisi kearifan lokal dalam kegiatan pelancongan sejak Pulau Langkawi diisytiharkan sebagai Pulau Bebas Cukai pada 1984. Artikel ini ditulis untuk menjelaskan bentuk kearifan lokal dalam pelancongan yang dapat membantu pelestarian pembangunan masyarakat Islam dan sikap masyarakat Melayu Langkawi terhadap kepercayaan dan amalan dalam pelancongan. Data diperoleh melalui kajian lapangan dengan menggunakan kaedah temu bual dan pemerhatian. Data dianalisis secara deskriptif menurut perspektif kualitatif. Kearifan lokal dapat dilihat pada tiga fasa dalam pelancongan, iaitu fasa sebelum, semasa dan selepas pengisytiharan pulau pelancongan. Hasil kajian mendapati kepercayaan dan amalan dalam pelancongan mempunyai hubungan dengan pelestarian pembangunan masyarakat Islam. Antara amalannya ialah pemahaman maksud pelancongan, aktiviti, faedah, kesan, sumbangan dan juga aktiviti-aktiviti juga pekerjaan berkaitan pelancongan. Didapati juga terdapat tiga kelompok sikap informan terhadap kepercayaan dan amalan pelancongan. Kajian ini dapat menyumbang terhadap pemahaman kearifan lokal dalam pelancongan yang membantu pelestarian pembangunan masyarakat Islam dan penonjolan keunikan suatu masyarakat khususnya dalam bidang pelancongan. |
---|