Faktor keterlibatan remaja dengan masalah sosial

Kajian ini mengenal pasti faktor yang mempengaruhi penyimpangan akhlak dalam kalangan remaja berikutan peningkatan masalah moral yang berlaku dalam masyarakat hari ini. Responden kajian ini dipilih menggunakan teknik pensampelan bertujuan yang melibatkan 70 orang gadis remaja berusia antara 13 hi...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Absha Atiah Abu Bakar, Mohd. Isa Hamzah
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13846/
http://journalarticle.ukm.my/13846/
http://journalarticle.ukm.my/13846/1/32738-102539-1-PB.pdf
Description
Summary:Kajian ini mengenal pasti faktor yang mempengaruhi penyimpangan akhlak dalam kalangan remaja berikutan peningkatan masalah moral yang berlaku dalam masyarakat hari ini. Responden kajian ini dipilih menggunakan teknik pensampelan bertujuan yang melibatkan 70 orang gadis remaja berusia antara 13 hingga 19 tahun dan ke atas di sebuah pusat perlindungan negeri Selangor. Metodologi kajian ini berbentuk tinjauan dengan menggunakan instrumen soal selidik. Responden kajian ini Analisis data kajian ini menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for the Social Sciences) versi 23.0 bagi menganalisis data yang berbentuk statistik deskriptif (min dan sisihan piawai) dan statistik inferensi (MANOVA Sehala). Hasil kajian menunjukkan pengaruh faktor diri sendiri, ibu bapa, media massa dan rakan sebaya berada pada tahap sederhana. Selain itu, hasil kajian juga mendapati terdapat perbezaan yang antara signifikan faktor diri sendiri dengan faktor media massa yang mempengaruhi masalah sosial remaja berdasarkan umur. Justeru, kajian ini boleh dijadikan panduan untuk mencari jalan penyelesaian oleh pihak berkepentingan dengan mengambil kira beberapa faktor yang mempengaruhi penglibatan remaja dalam masalah sosial. Kesimpulannya, ibu bapa, pihak sekolah, PIBG dan NGO termasuklah penggerak pusat perlindungan dapat mengambil kira faktor yang mempengaruhi penglibatan remaja dalam masalah sosial ini dalam merangka program yang bersesuaian bagi mengelakkan remaja terjebak dengan masalah sosial.