Mudah guna dan manfaat aplikasi Whatsapp terhadap hubungan antara peribadi masyarakat dan polis
Hubungan antara peribadi yang baik di antara masyarakat dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mampu menterjemahkan senario kolaborasi yang jitu untuk mengekalkan kedaulatan negara. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sejauh mana penggunaan aplikasi WhatsApp memberi pengaruh kepada hubungan anta...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/13912/ http://journalarticle.ukm.my/13912/ http://journalarticle.ukm.my/13912/1/33341-116210-1-PB.pdf |
Summary: | Hubungan antara peribadi yang baik di antara masyarakat dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mampu menterjemahkan senario kolaborasi yang jitu untuk mengekalkan kedaulatan negara. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sejauh mana penggunaan aplikasi WhatsApp memberi pengaruh kepada hubungan antara peribadi masyarakat dengan PDRM Daerah Seremban. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada 250 orang awam di sekitar Daerah Seremban, Negeri Sembilan. Responden kajian terdiri dari mereka berumur 18 tahun ke atas dan berkomunikasi melalui WhatsApp dengan mana-mana Pegawai Polis Daerah Seremban. Hasil kajian menunjukkan mudah guna dan manfaat penggunaan WhatsApp penting dalam membina hubungan antara peribadi yang baik di antara masyarakat dan polis. Kajian juga menunjukkan bahawa masyarakat sebenarnya amat memerlukan interaksi dan hubungan dengan PDRM. Interaksi di antara masyarakat dan polis amat penting memandangkan ikatan hubungan adalah kunci utama dalam membina masyarakat yang harmoni. Kajian ini menunjukkan penciptaan aplikasi media sosial meluaskan lagi landskap penggunaan sistem dalam talian bagi merapatkan jurang di antara pengguna. Kajian ini juga mencadangkan kaedah kualitatif seperti temubual mendalam dan perbincangan kumpulan fokus dilakukan pada masa akan datang. Pendekatan ini bertujuan untuk meneroka secara lebih mendalam lagi isu berkaitan dengan hubungan antara peribadi melalui aplikasi media sosial. |
---|