Pembinaan identiti kepimpinan dalam wacana politik
Dari perspektif analisis wacana (lisan atau tulisan), pemilihan dan penggemblengan unit-unit linguistik oleh pewacana harus dimanfaatkan sebaik-baiknya. Hal ini kerana dalam wacana, terkandung pelbagai proses sosial dan satu daripadanya ialah identiti. Sehubungan itu, pendekatan yang bersesuaian dip...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/13927/ http://journalarticle.ukm.my/13927/ http://journalarticle.ukm.my/13927/1/36837-116403-1-PB.pdf |
id |
ukm-13927 |
---|---|
recordtype |
eprints |
spelling |
ukm-139272020-01-13T00:19:35Z http://journalarticle.ukm.my/13927/ Pembinaan identiti kepimpinan dalam wacana politik Rohaidah Haron, Madiawati Mamat@Mustaffa, Maizira Abdul Majid, Dari perspektif analisis wacana (lisan atau tulisan), pemilihan dan penggemblengan unit-unit linguistik oleh pewacana harus dimanfaatkan sebaik-baiknya. Hal ini kerana dalam wacana, terkandung pelbagai proses sosial dan satu daripadanya ialah identiti. Sehubungan itu, pendekatan yang bersesuaian diperlukan untuk merungkai dan menjelaskan proses sosial tersebut. Pembinaan dan pengukuhan identiti dalam wacana dilihat sangat penting, khususnya kepada pemimpin yang baru dipilih dan dilantik menerajui sesebuah parti politik. Justeru, soal pembinaan identiti dalam wacana politik dilihat sangat penting untuk diteliti. Hecht (1993), Keller (1997), dan Hall (2002) antara pengkaji yang menegaskan bahawa bahasa dan identiti tidak dapat dipisahkan. Oleh itu, dalam komunikasi, pemilihan unit-unit linguistik sangat penting kerana ia berupaya mencerminkan identiti seseorang pemimpin. Sehubungan itu, kajian ini memanfaatkan ucapan tujuh orang bekas Presiden UMNO sebagai data kajian. Secara khusus, naskhah ini bertujuan mengenal pasti kepelbagaian kata ganti nama diri (KGND) pertama yang wujud dalam ucapan tujuh orang bekas Presiden UMNO, selanjutnya mentafsir dan menjelaskan hubungan bahasa dengan pembinaan identiti seseorang presiden parti politik. Hasil kajian mendapati KGND pertama seperti saya, kita dan kami telah berupaya menjelaskan sama ada seseorang pemimpin itu cenderung bersifat pamer diri, keindividuan, kekitaan, kebersamaan, berkuasa dan sebagainya. Oleh itu, dalam komunikasi politik, KGND turut menyumbang kepada pembinaan identiti seseorang pemimpin. Memandangkan kajian ini berhasrat mempertalikan aspek bahasa dengan pembinaan identiti maka pendekatan analisis wacana kritis dijadikan landasan bagi menganalisis data ini. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019 Article PeerReviewed application/pdf en http://journalarticle.ukm.my/13927/1/36837-116403-1-PB.pdf Rohaidah Haron, and Madiawati Mamat@Mustaffa, and Maizira Abdul Majid, (2019) Pembinaan identiti kepimpinan dalam wacana politik. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 35 (4). pp. 386-407. ISSN 0128-1496 http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1235 |
repository_type |
Digital Repository |
institution_category |
Local University |
institution |
Universiti Kebangasaan Malaysia |
building |
UKM Institutional Repository |
collection |
Online Access |
language |
English |
description |
Dari perspektif analisis wacana (lisan atau tulisan), pemilihan dan penggemblengan unit-unit linguistik oleh pewacana harus dimanfaatkan sebaik-baiknya. Hal ini kerana dalam wacana, terkandung pelbagai proses sosial dan satu daripadanya ialah identiti. Sehubungan itu, pendekatan yang bersesuaian diperlukan untuk merungkai dan menjelaskan proses sosial tersebut. Pembinaan dan pengukuhan identiti dalam wacana dilihat sangat penting, khususnya kepada pemimpin yang baru dipilih dan dilantik menerajui sesebuah parti politik. Justeru, soal pembinaan identiti dalam wacana politik dilihat sangat penting untuk diteliti. Hecht (1993), Keller (1997), dan Hall (2002) antara pengkaji yang menegaskan bahawa bahasa dan identiti tidak dapat dipisahkan. Oleh itu, dalam komunikasi, pemilihan unit-unit linguistik sangat penting kerana ia berupaya mencerminkan identiti seseorang pemimpin. Sehubungan itu, kajian ini memanfaatkan ucapan tujuh orang bekas Presiden UMNO sebagai data kajian. Secara khusus, naskhah ini bertujuan mengenal pasti kepelbagaian kata ganti nama diri (KGND) pertama yang wujud dalam ucapan tujuh orang bekas Presiden UMNO, selanjutnya mentafsir dan menjelaskan hubungan bahasa dengan pembinaan identiti seseorang presiden parti politik. Hasil kajian mendapati KGND pertama seperti saya, kita dan kami telah berupaya menjelaskan sama ada seseorang pemimpin itu cenderung bersifat pamer diri, keindividuan, kekitaan, kebersamaan, berkuasa dan sebagainya. Oleh itu, dalam komunikasi politik, KGND turut menyumbang kepada pembinaan identiti seseorang pemimpin. Memandangkan kajian ini berhasrat mempertalikan aspek bahasa dengan pembinaan identiti maka pendekatan analisis wacana kritis dijadikan landasan bagi menganalisis data ini. |
format |
Article |
author |
Rohaidah Haron, Madiawati Mamat@Mustaffa, Maizira Abdul Majid, |
spellingShingle |
Rohaidah Haron, Madiawati Mamat@Mustaffa, Maizira Abdul Majid, Pembinaan identiti kepimpinan dalam wacana politik |
author_facet |
Rohaidah Haron, Madiawati Mamat@Mustaffa, Maizira Abdul Majid, |
author_sort |
Rohaidah Haron, |
title |
Pembinaan identiti kepimpinan dalam wacana politik |
title_short |
Pembinaan identiti kepimpinan dalam wacana politik |
title_full |
Pembinaan identiti kepimpinan dalam wacana politik |
title_fullStr |
Pembinaan identiti kepimpinan dalam wacana politik |
title_full_unstemmed |
Pembinaan identiti kepimpinan dalam wacana politik |
title_sort |
pembinaan identiti kepimpinan dalam wacana politik |
publisher |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia |
publishDate |
2019 |
url |
http://journalarticle.ukm.my/13927/ http://journalarticle.ukm.my/13927/ http://journalarticle.ukm.my/13927/1/36837-116403-1-PB.pdf |
first_indexed |
2023-09-18T20:05:57Z |
last_indexed |
2023-09-18T20:05:57Z |
_version_ |
1777407158826041344 |