Hak untuk perbicaraan yang disegerakan dari perspektif undang-undang sivil dan syariah
Dalam memperkatakan mengenai perbicaraan jenayah, keutamaan diberikan kepada hak tertuduh mendapat perbicaraan yang adil. Salah satu cabang dari hak tersebut ialah hak perbicaraan segera di mana tertuduh berhak mendapatkan penyelesaian akan tuduhan yang dikenakan ke atasnya dalam jangka waktu yang...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/13941/ http://journalarticle.ukm.my/13941/ http://journalarticle.ukm.my/13941/1/28923-116529-1-PB.pdf |
Summary: | Dalam memperkatakan mengenai perbicaraan jenayah, keutamaan diberikan kepada hak tertuduh mendapat
perbicaraan yang adil. Salah satu cabang dari hak tersebut ialah hak perbicaraan segera di mana tertuduh
berhak mendapatkan penyelesaian akan tuduhan yang dikenakan ke atasnya dalam jangka waktu yang
munasabah. Namun demikian, kelewatan dalam prosiding jenayah adalah isu yang sering berlaku dan
kelewatan ini dilihat sebagai sesuatu yang boleh memprejudiskan seseorang tertuduh. Justeru, kajian ini akan
mengfokuskan kepada isu kelewatan yang berlaku di dalam perbicaraan-perbicaraan jenayah, dan setakat
mana mahkamah dibenarkan oleh undang-undang untuk campur tangan dalam usaha menyelesaikan
permasalahan ini. Metodologi kajian perpustakaan diguna pakai yang mana metodologi-metodologi analisis
kandungan dan analisis kritis dilaksanakan ke atas statut, artikel serta laporan kes yang berkaitan. Hasil kajian
mendapati kuasa campur tangan mahkamah adalah terhad disebabkan kuasa prerogatif yang diberikan kepada
pihak pendakwa menurut undang-undang. Kajian ini turut mendapati keperluan keseimbangan di antara hak
tertuduh dengan hak kerajaan dan hak masyarakat. Berdasarkan kepada kedua-dua dapatan tersebut, kajian ini
mencadangkan supaya semua agensi yang terlibat memainkan peranan masing-masing dengan sebaiknya bagi
memastikan kelancaran perbicaraan jenayah demi kepentingan semua pihak iaitu tertuduh, kerajaan dan
masyarakat awam. |
---|