Tadbir urus universiti awam di Malaysia pascapindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 2009

Kerajaan telah mengambil langkah progresif apabila membawa cadangan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30] ke Parlimen pada akhir tahun 2008 yang kemudiannya diluluskan dan dikuatkuasakan pada 1 Februari 2009. Kajian ini bertujuan meneliti perubahan-perubahan yang dibawa oleh...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Suharmi Ismail, Nurulhuda Adabiah Mustafa, Faridah Jalil
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13944/
http://journalarticle.ukm.my/13944/
http://journalarticle.ukm.my/13944/1/34101-116531-1-PB.pdf
Description
Summary:Kerajaan telah mengambil langkah progresif apabila membawa cadangan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30] ke Parlimen pada akhir tahun 2008 yang kemudiannya diluluskan dan dikuatkuasakan pada 1 Februari 2009. Kajian ini bertujuan meneliti perubahan-perubahan yang dibawa oleh pindaan Akta 30 tersebut dan kesannya kepada tadbir urus universiti awam hingga ke hari ini. Kajian ini berbentuk kualitatif menggunapakai kaedah kajian perundangan dengan reka bentuk sejarah perundangan dan perbandingan melalui pendekatan kajian perpustakaan. Dapatan menunjukkan bahawa pindaan Akta 30 tahun 2009 telah membawa perubahan yang signifikan kepada tadbir urus dan autonomi universiti serta kebajikan dan hak asasi pekerja dan pelajar universiti. Kajian ini akan membolehkan masyarakat mengetahui evolusi perubahan dasar kerajaan dalam sektor pendidikan tinggi, dan boleh menjadi sumber rujukan kepada pentadbir dan pembuat dasar bagi menambah baik tadbir urus dan autonomi universiti awam sedia ada.