Kajian komposisi dan pengasingan sisa pepejal di kawasan perumahan
Taraf ekonomi yang semakin meningkat dan peningkatan jumlah penduduk menjadi antara faktor pendorong kepada peningkatan jumlah sisa pepejal di sesuatu kawasan. Lambakan ini secara umumnya akan memberi ke atas alam sekitar, terutamanya di kawasan bandar dan petempatan penduduk. Situasi semasa menunju...
Main Authors: | , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/14182/ http://journalarticle.ukm.my/14182/ http://journalarticle.ukm.my/14182/1/30975-101670-1-PB.pdf |
Summary: | Taraf ekonomi yang semakin meningkat dan peningkatan jumlah penduduk menjadi antara faktor pendorong kepada peningkatan jumlah sisa pepejal di sesuatu kawasan. Lambakan ini secara umumnya akan memberi ke atas alam sekitar, terutamanya di kawasan bandar dan petempatan penduduk. Situasi semasa menunjukkan isu penjanaan dan komposisi sisa pepejal semakin membimbangkan, terutamanya di negara-negara membangun seperti Malaysia. Kajian ini bertujuan mengenal pasti komposisi sisa di kawasan perumahan dengan menggunakan pendekatan yang digunakan dalam Akta 672. Kaedah survei yang digunakan dalam kajian ini melibatkan sebanyak 100 orang responden kajian yang dipilih secara rawak daripada dua kawasan perumahan iaitu Taman Megah Jaya dan Kampong Rawa-Rawa. Kajian komposisi dilakukan melalui pengasingan dan penimbangan secara terus. Hasil kajian mendapati, wujud perbezaan jumlah sisa baki dan sisa kitar semula di kedua-dua kawasan. Walaupun perbezaan yang didapati tidak ketara, responden di kawasan perumahan kampung lebih cenderung untuk melakukan pengasingan sisa boleh kitar berbanding mereka yang tinggal di kawasan perumahan taman. Faktor kewangan diandaikan sebagai pendorong utama untuk mereka melakukan pengasingan dengan sebahagian besar daripada mereka menjual sisa kitar semula yang dikumpul. Oleh itu, aktiviti ini perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak dengan mengadakan usaha sama agar sisa kitar semula dapat diguna semula oleh pihak industri. |
---|