Pendekatan kualitatif untuk memahami kualiti hidup masyarakat orang asli di Pahang

Kualiti hidup komuniti Orang Asli di Semenanjung Malaysia secara amnya lebih terpinggir berbanding dengan penduduk Malaysia secara keseluruhannya. Pelbagai usaha telah dijalankan yang hanya memfokuskan kepada petunjuk kualiti hidup universal yang lazim untuk keseluruhan rakyat Malaysia, tetapi tiada...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Yew, Vivien W.C., Saiful Farisin Md Ramlan, Mohd Rusydi Ahmad
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/14211/
http://journalarticle.ukm.my/14211/
http://journalarticle.ukm.my/14211/1/36209-114166-1-PB.pdf
Description
Summary:Kualiti hidup komuniti Orang Asli di Semenanjung Malaysia secara amnya lebih terpinggir berbanding dengan penduduk Malaysia secara keseluruhannya. Pelbagai usaha telah dijalankan yang hanya memfokuskan kepada petunjuk kualiti hidup universal yang lazim untuk keseluruhan rakyat Malaysia, tetapi tiada spesifikasi khusus kepada kualiti hidup Orang Asli selain terhadnya sumber maklumat yang khusus mengenai kriteria kualiti hidup Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Justeru, kajian ini bertujuan untuk membangunkan kriteria yang spesifik dan khusus terhadap kualiti hidup komuniti Orang Asli. Makalah ini merupakan satu kajian kes yang telah dijalankan di Kampung Orang Asli Sungai Tekai, Pahang. Kajian kualitatif dijalankan melalui temu bual mendalam melibatkan 16 informan yang terdiri daripada penduduk kampung tersebut. Hasil kajian menunjukkan terdapat empat aspek kualiti hidup yang membentuk kriteria kepada kualiti hidup komuniti Orang Asli iaitu i) infrastruktur dan utiliti asas; ii) sosioekonomi; iii) pendidikan dan iv) kesihatan. Secara keseluruhannya, analisa data pada hasil kajian memperlihatkan kriteria-kriteria pentafsiran terhadap kualiti hidup masyarakat Orang Asli iaitu pilihan pondok buluh sebagai ruang keluarga yang selesa, hasil hutan sebagai mata pencarian, pendidikan asas 3M (membaca, menulis dan mengira) dan perubatan moden sebagai pilihan utama dalam penjagaan dan perawatan kesihatan.