Analisis hukum Aṣaḥ Wa Aḥsan menurut Imam al-Tirmidhi dalam Kitāb Jāmic al-Tirmidhi untuk penentuan hukum hadith
Kitāb Jāmic al-Tirmidhi merupakan karya agong yang telah dihasilkan oleh al-Imam Muḥammad bin CῙsā bin Sawrah bin Mūsā bin Daḥḥak, ‘Abū CῙsā al-Sulami al-Darir al-Bughi al-Tirmidhi. Beliau merupakan ulama pertama yang mempelopori penggunaan istilah ‘Aṣaḥ wa ‘Aḥsan. Kajian ini dibuat bagi mengenal pa...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Pusat Kelestarian Turath Islami, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/14229/ http://journalarticle.ukm.my/14229/ http://journalarticle.ukm.my/14229/1/88-181-1-SM.pdf |
Summary: | Kitāb Jāmic al-Tirmidhi merupakan karya agong yang telah dihasilkan oleh al-Imam Muḥammad bin CῙsā bin Sawrah bin Mūsā bin Daḥḥak, ‘Abū CῙsā al-Sulami al-Darir al-Bughi al-Tirmidhi. Beliau merupakan ulama pertama yang mempelopori penggunaan istilah ‘Aṣaḥ wa ‘Aḥsan. Kajian ini dibuat bagi mengenal pasti kaedah istilah ‘Aṣaḥ wa ‘Aḥsan yang digunakan oleh al-Imām al-Tirmidhi adalah untuk menghukum sesuatu hadith yang kadangkala agak sukar untuk dikenal pasti sama ada hadith itu bertaraf Ṣaḥiḥ atau Ḥasan atau Ḍacif. Kecuali hadith yang didatangkan oleh beliau kedua-duanya adalah Ṣaḥiḥ yang dinyatakan secara jelas dan beliau akan menentukan di antara dua hadith tersebut, manakah yang dihukumkan‘Aṣaḥ wa ‘Aḥsan di sisi beliau sebagai hujah dalam sesuatu bab. Metode analisis yang digunakan ialah metode analisis kandungan dan mengambil reka bentuk kajian kualitatif. Oleh itu, dengan menganalisis hadith yang dihukumkan melalui istilah ini, dapat membantu para pelajar, pengkaji dan masyarakat yang kurang atau tidak memahami kaedah ‘Aṣaḥ wa ‘Aḥsan Imām al-Tirmidhi. Kajian mendapati hadith yang dihukumkan ‘Aṣaḥ wa ‘Aḥsan di sisi Imam al-Tirmidhi adalah bermaksud samada perbandingan Ṣaḥiḥ dengan Ṣaḥiḥ atau Ḥasan dengan Ḥasan atau Ḍacif dengan Ḍacif adalah untuk menyatakan bahawa hadith yang dihukumkan dengan istilah tersebut adalah menjadi hujah di sisi Imam al-Tirmidhi dalam sesuatu bab. |
---|