Aplikasi kaedah pentafsiran ayat Mutashabihat dalam tafsir Melayu

Para ulama tafsir terdahulu telah banyak mentafsirkan ayat Mutashabihat. Beberapa kaedah pentafsiran telah digunakan dalam mentafsirkan ayat Mutashabihat mengikut pelbagai mazhab iaitu mazhab ulama golongan Ahli Sunnah, Mushabbihah, Mujassimah, Muktazilah dan Rawafid. Perbahasan ayat Mutashabihat ju...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Norsyafiaah Thoifur, Mohd Faizulamri Mohd Saad, Wan Nasyrudin Wan Abdullah
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Kelestarian Turath Islami, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/14231/
http://journalarticle.ukm.my/14231/
http://journalarticle.ukm.my/14231/1/85-173-1-SM.pdf
Description
Summary:Para ulama tafsir terdahulu telah banyak mentafsirkan ayat Mutashabihat. Beberapa kaedah pentafsiran telah digunakan dalam mentafsirkan ayat Mutashabihat mengikut pelbagai mazhab iaitu mazhab ulama golongan Ahli Sunnah, Mushabbihah, Mujassimah, Muktazilah dan Rawafid. Perbahasan ayat Mutashabihat juga banyak dibahaskan dalam tafsir-tafsir Melayu. Oleh itu, kajian ini mempunyai signifikasi yang tinggi untuk mengenal pasti kaedah pentafsiran ulama tafsir yang terdahulu mempengaruhi pentafsiran di dalam kitab tafsir Melayu pada masa kini sekaligus mengetengahkan kitab-kitab tafsir Melayu pada masa kini yang dihasilkan oleh pengarang Melayu. Kaedah analisis kandungan terhadap beberapa kitab tafsir Melayu telah digunakan bagi mendapatkan data dan dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian membuktikan bahawa aplikasi tafsir ayat Mutashabihat dalam kitab tafsir Melayu adalah bertepatan dengan kaedah yang digunakan di dalam tafsir-tafsir muktabar seperti Tafsir al-Jalalain, Tafsir Ibnu Kathir, dan lain-lain lagi. Implikasinya dapat memudahkan dan membantu masyarakat Melayu memahami tafsiran ayat Mutashabihat.