Interaksi sosial dalam Tafsir al-Azhar: tinjauan awal terhadap Surah Madaniyah

Tafsir al-Azhar merupakan tafsir yang mendapat perhatian Nusantara baik dari kalangan masyarakat juga ahli akademik. Hal ini kerana olahan bahasanya yang mudah untuk difahami terutamanya di negara-negara yang berbahasa Melayu. Di samping itu juga, pentafsirannya yang mengetengahkan sudut kemasyaraka...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nur Zakiah Najihah Bahar, Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi, Muhd. Najib Abdul Kadir
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Kelestarian Turath Islami, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/14241/
http://journalarticle.ukm.my/14241/
http://journalarticle.ukm.my/14241/1/98-201-1-SM.pdf
Description
Summary:Tafsir al-Azhar merupakan tafsir yang mendapat perhatian Nusantara baik dari kalangan masyarakat juga ahli akademik. Hal ini kerana olahan bahasanya yang mudah untuk difahami terutamanya di negara-negara yang berbahasa Melayu. Di samping itu juga, pentafsirannya yang mengetengahkan sudut kemasyarakatan menjadi nilai tambah apabila dilihat dari perspektif sosiologi. Namun, fokus kajian ini adalah untuk mengenal pasti bentuk interaksi sosial yang bersifat asosiatif dan disosiatif. Asosiatif meliputi elemen kerjasama, akomodasi dan asimilasi manakala disosiatif pula meliputi elemen persaingan, pertentangan dan kontravensi.. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif yang mana proses pengumpulan data dilakukan melalui kaedah analisis teks. Manakala proses penganalisisan data pula dilakukan dengan menggunakan kaedah analisis induktif. Hasil kajian ini mendapati bahawa aspek asosiatif dan disosiatif memang wujud dalam tafsir al-Azhar sejajar dengan tafsirnya yang bersifat ijtima’i (kemasyarakatan).