Penglibatan organisasi badan bukan kerajaan dalam pendidikan di Tanah Melayu, 1920-1950-an

Artikel ini membincangkan penglibatan Badan Bukan Kerajaan dalam pendidikan di Tanah Melayu pada 1920-1950-an, khususnya bagi kaum di Tanah Melayu seperti Melayu, Cina dan India. Penglibatan NGO pendidikan di Tanah Melayu bermula sebagai aktor kecil, semakin berkembang sehingga dianggap sebagai satu...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Morni Hanim Salleh, Mohd Samsudin, Suffian Mansor
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/14256/
http://journalarticle.ukm.my/14256/
http://journalarticle.ukm.my/14256/1/36288-114458-4-PB.pdf
Description
Summary:Artikel ini membincangkan penglibatan Badan Bukan Kerajaan dalam pendidikan di Tanah Melayu pada 1920-1950-an, khususnya bagi kaum di Tanah Melayu seperti Melayu, Cina dan India. Penglibatan NGO pendidikan di Tanah Melayu bermula sebagai aktor kecil, semakin berkembang sehingga dianggap sebagai satu medium untuk penguatkuasaan dan peningkatan keadilan sosial bagi sesebuah kaum. Kajian dijalankan menggunakan kaedah kualitatif dengan menganalisis dokumen rasmi, laporan tahunan, prosiding serta penulisan berkaitan NGO dan pendidikan sekitar tahun tersebut. Dapatan kajian mendapati NGO pendidikan di Tanah Melayu sekitar tahun 1920 hingga 1950-an lebih bersifat membela kaum masing-masing berbanding NGO sosial yang lain ini disebabkan oleh sistem pendidikan British yang membiarkan sekolah-sekolah ditubuhkan tanpa kawalan dan sekolah yang disediakan tidak berasaskan masyarakat di Tanah Melayu, malah dasar pecah dan perintah yang dilakukan dalam pentadbiran British turut berlaku dalam pendidikan. Justeru, NGO telah bertindak dengan memberi impak kepada sistem pendidikan antaranya, memastikan status quo pendidikan dan perjuangan bahasa terpelihara hinggalah ke hari ini.