Analisis teleologi penyelidikan sains berdasarkan mukadimah adikarya Al-Khawarizmi, Ibn Al-Haytham dan Al-Biruni
Tauhid dalam pandangan alam Islam merupakan tunjang bagi segala perkara yang dilakukan oleh seorang Muslim. Perkara ini dengan jelas disampaikan melalui al- Quran dan hadis Rasulullah SAW. Oleh itu, makalah ini berhujah bahawa saintis Muslim silam mempunyai keimanan yang mendalam dan meletakkan m...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/14274/ http://journalarticle.ukm.my/14274/ http://journalarticle.ukm.my/14274/1/36884-116346-1-SM.pdf |
Summary: | Tauhid dalam pandangan alam Islam merupakan tunjang bagi segala perkara yang
dilakukan oleh seorang Muslim. Perkara ini dengan jelas disampaikan melalui al-
Quran dan hadis Rasulullah SAW. Oleh itu, makalah ini berhujah bahawa saintis
Muslim silam mempunyai keimanan yang mendalam dan meletakkan matlamat akhir
bahawa semua ilmu adalah milik Allah SWT. Dalam falsafah, kajian yang menjurus
kepada matlamat akhir ini diistilahkan sebagai teleologi. Bagi mengembalikan
semula sains yang bertunjangkan tauhid, makalah ini cuba meneliti pemikiran
beberapa orang saintis Muslim silam bagi menyingkap matlamat penyelidikan
sains melalui penulisan mereka. Sampel data yang dikutip hanyalah dihadkan
kepada mukadimah atau prakata adikarya, manakala adikarya saintis Muslim silam
yang dimaksudkan ditumpukan kepada karya al-Khawarizmi, Ibn al-Haytham dan
al-Biruni. Hasil daripada analisis kandungan yang dilakukan, didapati keinginan
mereka untuk memperoleh kebenaran dan keberkatan dalam penyelidikan menjadi
asas yang menghubungkan kajian mereka dengan kefahaman teleologi sains dalam
Islam. |
---|