Transisi kepimpinan dalam Islam: analisis terhadap cara pemilihan Khulafa’ Al-Rasyidin
Kepimpinan merupakan satu kemestian dalam pemerintahan Islam, kerana kehadiran kepimpinan merupakan perintah agama terutamanya dalam konteks kekuasaan sama ada kekuasaan politik ataupun dibawahnya. Proses transisi kepimpinan dan kekuasaan dalam politik moden merupakan satu elemen yang sangat pent...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/14278/ http://journalarticle.ukm.my/14278/ http://journalarticle.ukm.my/14278/1/36898-116372-1-SM.pdf |
Summary: | Kepimpinan merupakan satu kemestian dalam pemerintahan Islam, kerana kehadiran
kepimpinan merupakan perintah agama terutamanya dalam konteks kekuasaan
sama ada kekuasaan politik ataupun dibawahnya. Proses transisi kepimpinan dan
kekuasaan dalam politik moden merupakan satu elemen yang sangat penting kerana
ia menunjukkan ciri sistem politik sesebuah negara, sama ada berada dalam sistem
berdemokrasi, monarki, sosialis dan sebagainya. Walau bagaimanapun, Islam
sebagai sebuah agama yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan secara khusus
tidak memberikan satu pola khas dalam peralihan kepimpinan dan kekuasaan ini.
Dalam kes kepimpinan masa Khulafa’ al-Rasyidin terlihat bahawa terdapat pelbagai
mekanisma pemilihan pemimpin pengganti Rasulullah. Terpilihnya Abu Bakar, Umar
Ibn Khattab, Uthman Ibn Affan dan Ali Ibn Abi Thalib adalah melalui mekanisme
pemilihan yang berbeza satu sama lain sama ada ia dipilih melalui musyawarah,
dipilih atau ditunjuk secara langsung. Model kepimpinan ini menunjukkan bahawa
Islam memberi kebebasan dalam hal kepimpinan kepada mereka yang memiliki
ciri-ciri yang diperlukan terutamanya dalam hal keimanan. Bukan sebarang tokoh
boleh memilih pemimpin dan tidak semua individu boleh menjadi pemimpin kecuali
mereka memiliki elemen ketokohan yang baik seperti keimanan, adil, cergas dan
sebagainya. Makalah ini menerokai bagaimana peralihan kepimpinan dan kekuasaan
dalam masa khulafa’ al-Rasyidin tersebut dan akan dibincang melalui analisa
pemilihan dalam sistem politik. Kaedah kepustakaan merupakan kaedah yang diguna
pakai untuk menerokai mekanisme pemilihan khalifah melalui pengutipan dokumen.
Secara keseluruhan makalah ini diharap memberi satu sumbangan pemikiran yang
signifikan terhadap konsep kepimpinan dan kekuasaan dalam politik Islam. |
---|