Penilaian kitaran hayat sel suria terpeka pewarna di Malaysia
Tenaga suria adalah sumber alam yang paling banyak di bumi yang mudah dieksploitasi, bersih, tahan lama dan stabil yang menjadikannya sesuai untuk menghasilkan tenaga elektrik berbanding dengan sumber tenaga yang lain. Walau bagaimanapun, teknologi konvensional suria fotovolta (PV) seperti silikon...
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/14312/ http://journalarticle.ukm.my/14312/ http://journalarticle.ukm.my/14312/1/20.pdf |
Summary: | Tenaga suria adalah sumber alam yang paling banyak di bumi yang mudah dieksploitasi, bersih, tahan lama dan stabil
yang menjadikannya sesuai untuk menghasilkan tenaga elektrik berbanding dengan sumber tenaga yang lain. Walau
bagaimanapun, teknologi konvensional suria fotovolta (PV) seperti silikon dan sel suria filem nipis boleh memberikan kesan
alam sekitar ke atas kitaran hayat mereka yang disebabkan oleh proses pengeluaran yang rumit. Ini menyebabkan ramai
saintis mengkaji sel-sel suria yang baru termasuklah sel suria terpeka pewarna (DSSC). Oleh itu, objektif penyelidikan ini
adalah untuk mengkaji penilaian impak alam sekitar secara komprehensif mengenai teknologi ini di Malaysia melalui
penilaian kitaran hidup (LCA) bermula dari buaian hingga pagar (cradle-to-gate). Dua petunjuk alam sekitar telah digunakan
dalam kajian ini iaitu kumulatif keperluan tenaga (CED) yang memberi kesan kepada masa bayaran balik tenaga (EPBT),
dan pelepasan gas rumah hijau (GHG). Hasilnya menunjukkan bahawa DSSC mempunyai EPBT iaitu 3.49 tahun, CED yang
berjumlah 1190.29 MJ/m2 dan GHG sebanyak 262.38 gCO2eq/kWh yang lebih tinggi berbanding penyelidik yang lain.
Penggunaan tenaga yang tinggi semasa proses fabrikasi modul dan pemasangan panel, kecekapan penukaran (ŋ) yang
rendah, dan purata penyinaran suria (IR) yang rendah serta penggunaan substrat kaca FTO adalah beberapa faktor yang
telah dikenal pasti sebagai penyumbang utama kepada keputusan ini. |
---|