Komunikasi antara keluarga: bentuk panggilan kekeluargaan masyarakat Orang Asli Che Wong

Kajian ini bertujuan untuk melihat bentuk kata panggilan kekeluargaan berdasarkan kelompok keluarga asas, keluarga besar dan juga berdasarkan pertalian perkahwinan yang digunakan oleh masyarakat Orang Asli Che Wong semasa mereka berkomunikasi, khususnya yang menetap di Kuala Gandah, Pahang. Informan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Sa’adiah Ma’alip, Teo, Kok Seong
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/14316/
http://journalarticle.ukm.my/14316/
http://journalarticle.ukm.my/14316/1/35357-110809-1-SM.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk melihat bentuk kata panggilan kekeluargaan berdasarkan kelompok keluarga asas, keluarga besar dan juga berdasarkan pertalian perkahwinan yang digunakan oleh masyarakat Orang Asli Che Wong semasa mereka berkomunikasi, khususnya yang menetap di Kuala Gandah, Pahang. Informan untuk pengumpulan data terdiri daripada ahli masyarakat suku kaum Che Wong. . Penganalisisan data dibuat berasaskan temu bual dan pemerhatian secara tidak langsung dalam masyarakat tersebut yang berumur dalam lingkungan 18 hingga 56 tahun dan ke atas. Berdasarkan hasil kajian, didapati bahawa dalam masyarakat Orang Asli Che Wong khususnya di kawasan kajian, terdapat pelbagai bentuk kata panggilan yang digunakan semasa berkomunikasi bagi memanggil atau menyapa anggota keluarga mereka. Selain mengekalkan bentuk-bentuk panggilan tradisional mereka juga telah menggunakan bentuk-bentuk panggilan yang diguna pakai oleh masyarakat Melayu setempat. Ternyata golongan muda telah mula mengubah bentuk-bentuk kata panggilan tradisional kepada bentuk baru seperti yang digunakan oleh masyarakat setempat. Diharapkan agar kajian ini bermanfaat kepada masyarakat Orang Asli Che Wong khususnya dan dapat dilestarikan dalam penggunaan dan pendokumentasian sistem panggilan.