Ilmuwan pengamal sanad Sahih Al-Bukhari alam Melayu di Malaysia

Komuniti pengamal sanad atau al-musnid diketahui umum merupakan satu entiti yang sah kewujudannya dan diiktiraf kegiatannya dalam lapangan ilmu hadis. Hal ini berdasarkan skop dan istilahnya yang dapat dirujuk dalam hampir keseluruhan karya mustalah hadis. Justeru itu, kegiatan seseorang al-musnid m...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Farah Nur-Rashida Rosnan, Farhah Zaidar Mohamed Ramli, Siti Mursyidah Mohd Zin
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/14328/
http://journalarticle.ukm.my/14328/
http://journalarticle.ukm.my/14328/1/35395-110934-1-SM.pdf
Description
Summary:Komuniti pengamal sanad atau al-musnid diketahui umum merupakan satu entiti yang sah kewujudannya dan diiktiraf kegiatannya dalam lapangan ilmu hadis. Hal ini berdasarkan skop dan istilahnya yang dapat dirujuk dalam hampir keseluruhan karya mustalah hadis. Justeru itu, kegiatan seseorang al-musnid masih diberi perhatian dalam arena keilmuwan hadis sekalipun status ini tidak setaraf dengan al-muhaddith dan berada di belakangnya. Makalah ini bertujuan untuk memperkenalkan Maulana Mansor bin Ismail sebagai salah seorang ilmuwan pengamal sanad kepada kitab Sahih al-Bukhari dalam lingkungan ulama alam melayu abad 21 khususnya di Malaysia serta relevansi pengamalannya pada masa kini. Reka bentuk kajian adalah kualitatif daripada jenis kajian kes. Manakala instrumen pengumpulan data adalah menerusi metode temu bual dan analisis kandungan dokumen kutipan lapangan dan perpustakaan. Analisis data dilakukan secara historikal dan deksriptif. Kesimpulan daripada penemuan keseluruhan menunjukkan tokoh berkenaan memiliki autoriti sebagai pengamal sanad kepada kitab Sahih al-Bukhari yang berkelayakan sama ada pada peringkat tahammul iaitu pengajian tokoh bersama guru atau pada peringkat al-'ada' iaitu pengajian tokoh bersama murid. Kedua-dua proses ini direalisasikan berdasarkan kepatuhan terhadap tata cara periwayatan salasilah sanad menerusi adaptasi tiga metode al-tahammul wal al-ada' iaitu al-sama', al-qira'ah dan al-ijazah dalam disiplin ilmu hadis. Aplikasi periwayatan ketiga-tiga metode ini juga dikenali sebagai talaqqi bersanad dan relevansi utama pengamalannya adalah untuk mengekalkan salasilah sanad.