Amalan pembelajaran pelajar tahfiz di institusi tahfiz swasta

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap persepsi amalan pembelajaran tahfiz pelajar-pelajar di institusi-institusi tahfiz swasta di Malaysia. Kajian ini melibatkan 308 pelajar di institusi tahfiz swasta di Malaysia. Reka bentuk kajian ini adalah kajian kuantitatif yang menggunakan soal selid...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Farah Ilyani Zakaria, Mohd Aderi Che Noh, Khadijah Abdul Razak
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/14404/
http://journalarticle.ukm.my/14404/
http://journalarticle.ukm.my/14404/1/15.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap persepsi amalan pembelajaran tahfiz pelajar-pelajar di institusi-institusi tahfiz swasta di Malaysia. Kajian ini melibatkan 308 pelajar di institusi tahfiz swasta di Malaysia. Reka bentuk kajian ini adalah kajian kuantitatif yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian yang telah dibina sendiri oleh penyelidik dan disahkan kandungannya oleh panel rujukan pakar. Data kuantitatif dianalisis secara deskriptif menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) untuk mendapatkan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Dapatan keseluruhan menunjukkan bahawa tahap amalan pembelajaran pelajar tahfiz pada tahap sederhana tinggi iaitu (min = 3.74, sp.= 0.43). Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap amalan pembelajaran bersama guru, rakan sebaya dan kendiri berada pada tahap tinggi. Namun demikian elemen-elemen seperti kaedah penulisan dan elemen kefahaman berada pada tahap sederhana tinggi manakala elemen yang melibatkan aktiviti penulisan al-Quran berada pada tahap sederhana rendah sedangkan teori dan dapatan lepas menunjukkan kepentingan elemen-elemen tersebut dalam amalan pembelajaran pelajar tahfiz.