Masalah membaca murid-murid sekolah rendah kerajaan di Brunei Darussalam: satu kajian kes

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji masalah membaca dalam kalangan murid darjah enam sekolah rendah kerajaan Brunei Darussalam. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes pelbagai tempat. Data kualitatif diperoleh sepenuhnya melalui temu bual mendalam. Peserta kajian terdiri daripada...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Tamam Timbang, Zamri Mahamod, Nik Mohd. Rahimi Nik Yusoff, Jamaludin Badushah
Format: Article
Language:English
Published: penerbit ukm 2010
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/1468/
http://journalarticle.ukm.my/1468/
http://journalarticle.ukm.my/1468/1/Bab_7.1.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji masalah membaca dalam kalangan murid darjah enam sekolah rendah kerajaan Brunei Darussalam. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes pelbagai tempat. Data kualitatif diperoleh sepenuhnya melalui temu bual mendalam. Peserta kajian terdiri daripada empat orang murid, empat orang ibu bapa dan enam orang guru daripada empat buah sekolah rendah di Brunei Darussalam. Penghuraian, pentafsiran dan rumusan data dilakukan dengan meneliti tema, subtema dan soalan kajian. Kebolehpercayaan diperoleh dengan menggunakan nilai perkali persetujuan Cohen Kappa. Data dianalisis menggunakan Nvivo 7 dan dapatan kajian dilaporkan dalam dua bahagian, iaitu profil sekolah dan peserta kajian serta berdasarkan kepada soalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor penyumbang kepada wujudnya masalah membaca dalam kalangan murid darjah enam sekolah rendah kerajaan di Brunei Darussalam disebabkan oleh (1) faktor individu, (2) psikologi,(3) faktor kaedah pengajaran guru, (4) masa pengajaran, (5) faktor persekitaran, dan (6) buku teks bacaan yang digunakan. Implikasi kajian ini menjelaskan bahawa kaedah pengajaran guru bahasa perlu diperbaiki dan ditingkatkan bagi mengatasi masalah membaca murid-murid darjah enam di Brunei Darussalam