Analisis kompetensi pengetua berdasarkan kualiti peribadi, pengetahuan, kemahiran dan amalan dalam bidang pengurusan Sekolah Menengah Malaysia

Kajian ini meninjau kompetensi pengetua Malaysia berdasarkan aspek kualiti peribadi, pengetahuan, kemahiran dan amalan dalam bidang pengurusan kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid, kewangan, pentadbiran pejabat,persekitaran dan kemudahan fizikal, sumber manusia, dan perhubungan luar. Selain itu,...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Bity Salwana Alias, Ahmad Basri Md.Yusoff, Ramlee Mustapha, Mohammed Sani Ibrahim
Format: Article
Language:English
Published: penerbit ukm 2010
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/1470/
http://journalarticle.ukm.my/1470/
http://journalarticle.ukm.my/1470/1/Bab_8.1.pdf
Description
Summary:Kajian ini meninjau kompetensi pengetua Malaysia berdasarkan aspek kualiti peribadi, pengetahuan, kemahiran dan amalan dalam bidang pengurusan kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid, kewangan, pentadbiran pejabat,persekitaran dan kemudahan fizikal, sumber manusia, dan perhubungan luar. Selain itu, kemahiran dan amalan pengetua dalam menentukan hala tuju sekolah turut dikenal pasti. Kerangka kajian adalah berdasarkan Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia dan Standard Kebangsaan Pengetua Wales. Data kuantitatif diperoleh dengan mengedarkan soal selidik kepada 314 responden pengetua, 720 responden penolong kanan dan 611 responden ketua bidang. Data kualitatif pula diperoleh dengan menemu bual tujuh orang pengetua, empat orang penolong kanan dan tiga orang ketua bidang. Statistik deskriptif digunakan untuk menganalisis data kuantitatif, manakala data kualitatif dianalisis secara manual. Dapatan menunjukkan kompetensi pengetua berdasarkan aspek kualiti peribadi, pengetahuan dan kemahiran adalah tinggi. Temu bual menjelaskan amalan pengurusan pengetua dalam setiap bidang didapati menyokong dapatan data kuantitatif. Bagaimanapun didapati dalam semua bidang pengurusan, pengetua memerlukan sokongan warga sekolah dan pihak luar untuk mengurus dengan lebih berkesan