Sains matematik dan pengurusan (Mathematical sciences and management)
Perhubungan tabii, sejarah dan perkembangan kedua-dua bidang ilmu yang biasanya dipisahkan, iaitu matematik dan pengurusan dibicarakan. Saratnya nilai ilmu dalam matematik dan juga dalam sains pengurusan atau matematik pengurusan dibicarakan dengan penilaian kritis terhadap pengoptimuman, matematik...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Published: |
Penerbit ukm
2005
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/1777/ http://journalarticle.ukm.my/1777/ |
Summary: | Perhubungan tabii, sejarah dan perkembangan kedua-dua bidang ilmu yang biasanya dipisahkan, iaitu matematik dan pengurusan dibicarakan. Saratnya nilai ilmu dalam matematik dan juga dalam sains pengurusan atau matematik pengurusan dibicarakan dengan penilaian kritis terhadap pengoptimuman, matematik kewangan dan pemodelan matematik dalam penilaian prestasi dan pengurusan universiti. Oleh itu perlunya sistem nilai sendiri terlakur dengan tersuratnya dalam matematik dan pengurusan baru ditonjolkan bagi menggantikan nilai-nilai asing dalam prinsip matematik dan pengurusan sekarang, dan oleh itu dalam teorem, teori dan al-Khuwarizmi yang sedia ada. Kewujudan matematik dan
pengurusan dalam Tamadun Melayu (Purba atau sebelum Penjajah) mendahului tamaduntamadun sezamannya yang lain, khususnya Eropah, dipaparkan dengan bukti-bukti karya
bidang ini di prasasti-prasasti yg menjangkau ke abad sebelum 700M dan manuskripmanuskrip Melayu Islam abad ke-17M. Perbincangan ini mengubah tanggapan terhadap
status sains dalam tamadun Melayu. Mandala pengurusan kualitatif yang lebih jelas pergantungannya pada sistem nilai juga dibicarakan. Oleh itu disyorkan supaya pendekatan
pengajaran pengurusan dan penggalian prinsip pengurusan yang biasanya berpusatkan Eropah itu dipindahkan supaya berpusatkan Melayu Islam sahaja, manakala tamadun Eropah dan lain itu menjadi unsur perbandingan kita. Ini mengubah paradigma pendidikan dan penyelidikan bidang ini dan serentak dengan itu juga, jika paradigma baru ini dilaksanakan, maka ditunjukkan kegiatan penyelidikan di dalam bidang ini menjanjikan satu program perolehan
ilmu matematik dan pengurusan dalam acuan kita sendiri yang mampu menyaingi ilmu-ilmu ini sekarang yang terlampau berpusatkan kepada Eropah itu. |
---|