Kaedah mengatasi kebimbangan dalam kaunseling: analisis daripada perspektif Al-Ghazali (Methods to overcome anxiety in counseling: an analysis from Al-Ghazali perspectives)

Kebimbangan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dalam menjalani kehidupan ini. Isu kebimbangan bukanlah isu baru dalam kaunseling malah banyak kes kaunseling yang dirujuk kepada kaunselor membabitkan persoalan kebimbangan. Justeru itu, kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti punca kebimbangan dalam...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Salasiah Binti Hanin Hamjah
Format: Article
Language:English
Published: Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia 2011
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/2222/
http://journalarticle.ukm.my/2222/
http://journalarticle.ukm.my/2222/1/makalah-v3n1-n3.pdf
Description
Summary:Kebimbangan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dalam menjalani kehidupan ini. Isu kebimbangan bukanlah isu baru dalam kaunseling malah banyak kes kaunseling yang dirujuk kepada kaunselor membabitkan persoalan kebimbangan. Justeru itu, kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti punca kebimbangan dalam kalangan klien yang mendapatkan perkhidmatan kaunseling di Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (PK MAINS). Selain itu, ia juga bertujuan untuk membincangkan mengenai kebimbangan daripada perspektif al-Ghazali. Dalam masa yang sama, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti kaedah yang dilakukan oleh kaunselor bagi mengatasi kebimbangan dalam kalangan klien dan seterusnya menganalisis adakah pendekatan tersebut selari dengan pendekatan al-Ghazali bagi mengatasi kebimbangan. Penyelidikan ini merupakan satu kajian kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Kaedah utama yang digunakan ialah kaedah temu bual di samping beberapa kaedah lain seperti pemerhatian, analisis dokumen dan soal selidik. Alat kajian yang digunakan ialah protokol temu bual dan borang soal selidik. Hasil kajian mendapati kaedah al-Ghazali bagi mengatasi kebimbangan ada diterapkan dalam amalan kaunseling oleh kaunselor-kaunselor di PK MAINS.