Analisis preposisi lokatif Bahasa Melayu berdasarkan kerangka role and reference grammar (RRG)

Makalah ini bertujuan untuk menunjukkan dan membincangkan sifat dan pola kehadiran preposisi bahasa Melayu berasaskan kepada struktur semantik kata kerja. Makalah ini mencadangkan bahawa satu kelas kata kerja yang berkongsikan struktur semantik yang sama mempunyai hubungan dengan kehadiran preposisi...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Maslida Yusof
Format: Article
Language:English
Published: Penerbitan UKM 2009
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/2299/
http://journalarticle.ukm.my/2299/
http://journalarticle.ukm.my/2299/1/Vol.9_issue1_%282%29.pdf
Description
Summary:Makalah ini bertujuan untuk menunjukkan dan membincangkan sifat dan pola kehadiran preposisi bahasa Melayu berasaskan kepada struktur semantik kata kerja. Makalah ini mencadangkan bahawa satu kelas kata kerja yang berkongsikan struktur semantik yang sama mempunyai hubungan dengan kehadiran preposisi dalam ayat. Dalam makalah ini hubungan antara kata kerja dan preposisi akan berlandaskan notasi dan konsep semantik Teori Role and Reference Grammar (RRG) - Van Valin dan LaPolla (1997) dan Van Valin (2005). Representasi semantik dalam Teori Role and Reference Grammar berasaskan representasi predikat iaitu kata kerja yang berasaskan dekomposisi Aktionsart. Aktionsart ialah kelas leksikal yang dianggotai oleh sesuatu kata kerja berdasarkan jenis proses, keadaan dan sebagainya seperti yang dimaksudkan oleh kata kerja tersebut. Kelas Aktionsart terbahagi kepada kata kerja keadaan, kata kerja pencapaian, kata kerja penyempurnaan, kata kerja aktiviti, kata kerja aktif penyempurnaan dan versi kausatif bagi setiap kelas kata kerja. Representasi bagi dekomposisi kategori Aktionsart yang berbeza dipanggil sebagai ‘struktur logik’ (SL). Hubungan antara SL kata kerja dan preposisi akan berfokuskan preposisi lokatif bahasa Melayu iaitu preposisi di, ke dan dari. Sehubungan dengan itu, makalah ini akan menunjukkan SL bagi preposisi dan juga meneliti bagaimana kemunculan preposisi lokatif boleh diramal dan ditentukan dalam ayat berdasarkan SL kata kerja bahasa Melayu. Data kajian ini diperoleh daripada dua buah novel iaitu, Novel Buih dan Novel Noni