Tahap literasi dalam Bahasa Inggeris di kalangan belia di Institut Belia Kebangsaan
Kertas in melaporkan dapatan kajian yang telah dijalankan ke atas belia Malaysia di satu Institut Latihan Vokasional. Maupun matlamat keseluruhan kajian adalah untuk mengkaji tahap kompetensi bahasa (BahasaMelayu dan Bahasa Inggeris) dan kemahiran literasi belia berbandingkan dengan kemahiran lit...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit UKM
2010
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/2321/ http://journalarticle.ukm.my/2321/ http://journalarticle.ukm.my/2321/1/page1_21.pdf |
Summary: | Kertas in melaporkan dapatan kajian yang telah dijalankan ke atas belia Malaysia di satu
Institut Latihan Vokasional. Maupun matlamat keseluruhan kajian adalah untuk mengkaji
tahap kompetensi bahasa (BahasaMelayu dan Bahasa Inggeris) dan kemahiran literasi
belia berbandingkan dengan kemahiran literasi yang diperlukan bagi menangani cabaran
abad ke 21, skop artikel ini hanya tertumpu kepada pengajaran Bahasa Inggeris di institut
vokasional berkenaant sebagai satu kes kajian. Ianya mengkaji sejauh mana kurikulum
Bahasa Inggeris menyediakan belia vokasional supaya berdaya saing dalam penggunaan
Bahasa Inggeris di era global ini, dan menunjukkan perbezaan antara tahap dan jenis
kemahiran literasi bahasa yang dilatih dengan keperluan kemahiran yang diperlukan
untuk kebolehpasaran. Peserta kajian merupakan belia yang telah gagal menyambung
pendidikan di institusi pengajian tinggi awam, sebaliknya telah memasuki program
latihan kemahiran anjuran pihak kerajaan di Institut Latihan Vokasional Malaysia. Data
kajian telah dikumpul melalui soal selidik, temuduga dan analisis dokumen atau isian.
Dapatan kajian keseluruhannya pula menunjukkan bahawa golongan belia yang dikaji
tidak memperolehi kemahiran berbahasa Inggeris dan kemahiran berkomunikasi bagi
mengakses dan menganalisa makluman ditahap yang diperlukan dalam era ICT dan
global kerana mereka kurang menguasai kompetensi linguistik dan komunikasi. Tambah
lagi, dapatan menunjukkan mereka tidak menguasai kemahiran literasi kritikal yang
diperlukan bagi mengakses makluman secara bermakna dan berkesan yang boleh
menjadikan mereka lebih berdaya saing. Kebanyakan daripada belia kajian menyatakan
bahawa mereka berasa terasing dalam aspek intellektual, sosial dan budaya kerana tidak
dapat mengamati ilmu serta kemahiran yang diperlukan, termasuk kompetensi linguistik,
penggunaan bahasa, isian yang relevan dan jenis kemahiran literasi kritikal. Berasaskan
dapatan ini, suatu rombakan semula kepada silibus Bahasa Inggeris dalam program
vokasional ini disarankan dengan memperkenalkan kurikulum literasi Bahasa Inggeris
yang berkerangkakan pendekatan pedagogi refleksif dan berorientasikan pembelajaran
pluriliterasi. |
---|