Pembelajaran konsonan Arab mengikut pelat Bahasa Melayu
Susunan alfabet konsonan bahasa Arab sekarang, iaitu [..... ا ب ت ث ] tidak mengikut konsep ansur-maju (dari mudah ke sukar) kepada pelajar Melayu sebagaimana yang disarankan dalam teori pendidikan. Misalnya, huruf konsonan tha [ ث] ialah konsonan yang sukar kepada pelajar Melayu kerana konsonan...
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit UKM
2010
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/2333/ http://journalarticle.ukm.my/2333/ http://journalarticle.ukm.my/2333/1/page1_21.pdf |
Summary: | Susunan alfabet konsonan bahasa Arab sekarang, iaitu [..... ا ب ت ث ] tidak mengikut
konsep ansur-maju (dari mudah ke sukar) kepada pelajar Melayu sebagaimana yang
disarankan dalam teori pendidikan. Misalnya, huruf konsonan tha [ ث] ialah konsonan
yang sukar kepada pelajar Melayu kerana konsonan ini tidak ada dalam bahasa Melayu,
tetapi konsonan ini berada di awal susunan alfabet Arab. Justeru kajian ini bertujuan
menyusun huruf konsonan Arab mengikut pelat bahasa Melayu bagi tujuan pembelajaran.
Manakala objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kefasihan pelat bahasa
Melayu menyebut huruf konsonan Arab, dan menyusun huruf konsonan Arab mengikut
kefasihan pelat bahasa Melayu. Kajian ini dijalankan di pusat prasekolah dan responden
yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada murid prasekolah berumur enam tahun.
Pemilihan responden ini berasaskan mereka sedang berada di peringkat permulaan
pembelajaran bahasa Arab. Kajian ini menggunakan satu set ujian sebutan konsonan
Arab berasaskan kaedah al-Khalil. Kaedah ini telah digunakan oleh al-Khalil untuk
menyusun sebutan Arab dari bunyi rongga rengkung hingga bunyi dua bibir. Hasil ujian
dinilai oleh dua penilai yang pakar dalam bidang tajwid dan tarannum. Hasil kajian
menunjukkan 12 konsonan berada pada tahap sederhana fasih dan satu konsonan berada
pada tahap tidak fasih, manakala selebihnya berada pada tahap fasih. Hasil kajian juga
menunjukkan huruf wau [ و ] ialah huruf yang paling tinggi skor sebutan, dan huruf ghain
غ] ] ialah yang paling rendah skor sebutan. Oleh itu, disarankan hasil susunan konsonan Arab dalam kajian ini digunakan untuk tujuan pembelajaran bahasa Arab di sekolahsekolah
di Malaysia. |
---|