Sikap pelajar terhadap pembelajaran kemahiran lisan Bahasa Arab di Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Sikap terhadap pembelajaran bahasa pula dikenal pasti mempengaruhi proses pembelajaran. Kajian ini meninjau sikap pelajar terhadap pembelajaran kemahiran lisan bahasa Arab di Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang merangkumi dua aspek iaitu sikap terhadap pengajaran bahasa dan sikap terhadap bahas...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit UKM
2010
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/2334/ http://journalarticle.ukm.my/2334/ http://journalarticle.ukm.my/2334/1/page1_21.pdf |
Summary: | Sikap terhadap pembelajaran bahasa pula dikenal pasti mempengaruhi proses
pembelajaran. Kajian ini meninjau sikap pelajar terhadap pembelajaran kemahiran lisan
bahasa Arab di Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang merangkumi dua aspek iaitu
sikap terhadap pengajaran bahasa dan sikap terhadap bahasa Arab. Objektif kajian adalah
untuk meneroka sikap pelajar dari segi kognitif, afektif dan konatif. Kajian ini
merupakan kajian kualitatif yang melibatkan 21 temu bual, iaitu 13 siri temu bual
bersama pelajar dan lapan siri temu bual bersama pensyarah. Pemilihan pelajar dibuat
dengan mengambil kira faktor latar belakang pengalaman bahasa Arab dan gugusan
fakulti pelajar. Data temu bual yang diperolehi telah ditranskripkan secara verbatim dan
diproses menggunakan perisian NVIVO7 bagi mewujudkan tema yang berkaitan.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa dari segi kognitif, semua pelajar menyatakan
kepentingan bahasa Arab walaupun sebahagian mereka lebih mementingkan subjek yang
lain. Persepsi pelajar dari segi kesukaran pula bergantung kepada tahap pengalaman
mereka yang terdahulu. Dari segi afektif, semua pelajar menunjukkan sikap yang positif
terhadap bahasa Arab, cuma pelajar yang tiada asas menyatakan rasa tidak selesa dengan
keadaan kelas yang mencampurkan antara pelajar yang ada asas dengan yang tiada asas.
Dari segi konatif, pelajar menunjukkan ketekalan mereka dalam pembelajaran dan ingin
terus mempelajarinya pada masa-masa akan datang. Kajian ini mencadangkan agar
pendekatan pengajaran yang digunakan perlu sesuai dengan latar belakang pengalaman
pelajar. Pendekatan yang sesuai penting kerana ia mempengaruhi pembentukan sikap
pelajar seterusnya memberi kesan terhadap prestasi pembelajaran kemahiran lisan bahasa Arab. |
---|