Hubungan kejiranan dalam membentuk kesejahteraan hidup masyarakat ‘kampung bandar’: kes Kampung Berjaya dan Kampung Mempelam, Alor Setar, Malaysia (The influence of neighbourliness in shaping the social wellbeing of urban villages : evidence from Kampung Berjaya and Kampung Mempelam, Alor Setar, Kedah, Malaysia)

Hubungan kejiranan adalah penting dalam melahirkan masyarakat sejahtera. Ia juga boleh dianggap sebagai penentu kesejahteraan hidup bagi sesuatu masyarakat, melaluinya juga kerjasama dan perpaduan masyarakat dapat dibentuk. Di dalam kajian ini penyelidik telah memilih penduduk di Kampung Berjaya...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Yusof Hussain, Mohamad Shaharudin Samsurijan, Suraiya Ishak, Abd Hair Awang
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2011
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/2364/
http://journalarticle.ukm.my/2364/
http://journalarticle.ukm.my/2364/1/5.2011-3-Yusof_dkk_ukm-melayu-ed-katiman%5B1%5D-edited_30.7.pdf
Description
Summary:Hubungan kejiranan adalah penting dalam melahirkan masyarakat sejahtera. Ia juga boleh dianggap sebagai penentu kesejahteraan hidup bagi sesuatu masyarakat, melaluinya juga kerjasama dan perpaduan masyarakat dapat dibentuk. Di dalam kajian ini penyelidik telah memilih penduduk di Kampung Berjaya dan Kampung Mempelam, Alor Setar, Kedah iaitu kampung yang wujud dalam bandar sebagai responden. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji persepsi penduduk terhadap tahap kesejahteraan hidup mereka dalam aspek hubungan kekeluargaan dan kejiranan dan seterusnya menganalisis faktor penentu tahap kesejahteraan hidup penduduk sebagai penghuni di “urban village” ini. Seramai 132 orang ketua isi rumah telah ditemuselidik dan jumlah ini mewakili 30% jumlah ketua isi rumah yang terdapat di Kampung Berjaya dan Kampung Mempelam. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa hubungan kekeluargaan sahaja masih belum cukup untuk menjamin kesejahteraan, manakala hubungan kejiranan yang baik telah dianggap sebagai penentu kesejahteraan hidup penduduk. Namun, gabungan kedua-dua hubungan ini lebih memberi jaminan kesejahteraan hidup masyarakat “urban village”.