Pembangunan tanah hutan dan fenomena banjir kilat: kes Sungai Lembing, Pahang.

Banjir kilat yang berlaku dalam masa yang singkat (kurang daripada 6 jam) berupaya untuk meningkatkan paras air sungai secara mendadak. Kebanyakan banjir kilat yang berlaku memberi perhatian kepada banjir di kawasan tanah rendah. Bagaimanapun, kajian di Sungai Lembing yang terletak di kawasan tanah...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Noorazuan Md Hashim, Sulong Muhamad, Kadaruddin Aiyub, Norhayati Yahya
Format: Article
Language:English
Published: Journal of Faculty of Social Sciences and Humanities. Universiti Kebangsaan Malaysia 2011
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/2654/
http://journalarticle.ukm.my/2654/
http://journalarticle.ukm.my/2654/1/norazuan011.pdf
Description
Summary:Banjir kilat yang berlaku dalam masa yang singkat (kurang daripada 6 jam) berupaya untuk meningkatkan paras air sungai secara mendadak. Kebanyakan banjir kilat yang berlaku memberi perhatian kepada banjir di kawasan tanah rendah. Bagaimanapun, kajian di Sungai Lembing yang terletak di kawasan tanah tinggi, lebih kurang 45 km dari pinggir pantai Pahang telah dipilih sebagai kawasan kajian. Kajian ini cuba meneliti kesan perubahan guna tanah dan perubahan hidrologi diLembangan Sg Kuantan bermula pada 1980 sehinggalah pada tahun 2002. Kajian ini mendapati penyahhutanan kawasan tanah tinggi (khususnya pada tahun 1990-2000) telah mengubah entiti kitaran hidrologi lembangan dan juga mengubah aliran rendah sungai berkenaan. Modifikasi alur termasuk pelurusan sungai dan pembinaan tebing konkrit meningkatkan puncak luahan di kawasan tanah rendah terutamanya di Jalan Panching dan Sg Isap, Kuantan. Pengurangan litupan vegetasi di tanah tinggi juga telah mengurangkan masa memuncak hidrograf. Hasil soalselidik dan temubual penduduk dan pengusaha chalet juga telah mengesahkan faktor aktiviti pembalakan haram merupakan faktor pencetus kepada banjir kilat di kawasan tersebut