Penggunaan teknik berilium-7 untuk menganggar kadar hakisan tanih jangka pendek
Artikel ini merencanakan kegunaan radionuklid berilium-7 sebagai bahan surihan alternatif dalam kajian hakisan tanih. Kegunaan berilium-7 dalam kajian hakisan tanih adalah untuk menganggar kadar hakisan tanih dan kehilangan tanih jangka pendek berdasarkan kejadian hujan semasa. Kemampuan radionuklid...
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Journal of Faculty of Social Sciences and Humanities. Universiti Kebangsaan Malaysia
2011
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/2657/ http://journalarticle.ukm.my/2657/ http://journalarticle.ukm.my/2657/1/mokhtar011.pdf |
| Summary: | Artikel ini merencanakan kegunaan radionuklid berilium-7 sebagai bahan surihan alternatif dalam kajian hakisan tanih. Kegunaan berilium-7 dalam kajian hakisan tanih adalah untuk menganggar kadar hakisan tanih dan kehilangan tanih jangka pendek berdasarkan kejadian hujan semasa. Kemampuan radionuklid berilium-7 telah terbukti melalui beberapa kajian yang menguji potensi radionuklid ini sebagai penyurih yang efisien dan signifikan untuk menganggar kadar hakisan tanih jangka pendek. Penggunaan radionuklid berilium-7 dalam kajian hakisan tanih harus dilakukan secara sistematik dengan memenuhi beberapa andaian penting dan memahami batasan penggunaannya berdasarkan ciri sesuatu ekosistem. Walau bagaimanapun, berilium-7 tetap sesuai digunakan sebagai penyurih hakisan tanih jangka pendek dalam pelbagai ekosistem selagi andaian dan batasan kepenggunaannya dipatuhi |
|---|