Emosi dan punca anak wanita Hiv/Aids berada di rumah perlindungan.

Anak kepada wanita HIV/AIDS distigma, didiskriminasi, disisihkan dan dilayan secara negatif oleh keluarga dan masyarakat. Jarang ada ahli keluarga yang mahu membela mereka.Wanita HIV selalunya terpaksa menghantar anak ke rumah perlindungan sebelum penyakit mereka meningkat ke tahap AIDS dan tak beru...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Aishah@Eshah Haji Mohamed, Fatimah Yusoff, Bidin .A.A, Zaidah Mustapha
Format: Article
Language:English
Published: Journal of Faculty of Social Sciences and Humanities. Universiti Kebangsaan Malaysia 2011
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/2666/
http://journalarticle.ukm.my/2666/
http://journalarticle.ukm.my/2666/1/aishah011.pdf
Description
Summary:Anak kepada wanita HIV/AIDS distigma, didiskriminasi, disisihkan dan dilayan secara negatif oleh keluarga dan masyarakat. Jarang ada ahli keluarga yang mahu membela mereka.Wanita HIV selalunya terpaksa menghantar anak ke rumah perlindungan sebelum penyakit mereka meningkat ke tahap AIDS dan tak berupaya untuk menjaga anak sendiri. Rumah perlindungan difikirkan sebagai tempat yang paling sesuai apabila tidak ada ahli keluarga yang ingin menjaga anak mereka terutama yang HIV. Artikel ini mempunyai dua tujuan utama. Pertama, mengenalpasti alasan kanak-kanak HIV/AIDS berada di rumah perlindungan. Kedua, menyelami perasaan mereka setelah berada di rumah perlindungan. Perbincangan ini diasaskan kepada data yang didapati daripada temu bual mendalam dengan 12 orang kanak-kanak HIV/AIDS yang ditempatkan di dua rumah perlindungan di Kuala Lumpur, iaitu PERNIM (tujuh orang) dan Rumah Solehah (lima orang), yang dilakukan dalam tahun 2009 hingga 2010. Terdapat empat penyebab yang menyebabkan responden ditempatkan di PERNIM dan Rumah Solehah, iaitu (a) dihantar oleh ahli keluarga, (b) ditinggalkan di hospital oleh keluarga, (c) dibuang di tempat awam dan (d) ditemui oleh pekerja Jabatan Kebajikan Masyarakat terbiar di jalanan. Tanpa keluarga di sisi, kanak-kanak ini merasa sedih, ragu-ragu, takut,bimbang dan marah. Mereka tidak mendapat kasih sayang daripada ibu bapa dan keluarga sendiri seperti kanak-kanak lain. Namun begitu, mereka merasa gembira, bersyukur dan berterima kasih kerana masih ada orang yang sudi menjaga, merawat, mendidik, memberi makan dan memberi perlindungan kepada mereka. Di rumah perlindungan mereka dapat merasa kehidupan berkeluarga dan disayangi walaupun bukan daripada darah daging sendiri