Kerja sosial di sekolah: Memahami dan menangani penderaan kanak-kanak
Kertas kerja ini bertujuan untuk meninjau masalah penderaan kanak-kanak di peringkat sekolah dan peranan pekerja sosial sekolah dalam menangani gejala sosial terutamanya penderaan kanak-kanak. Di Malaysia, kita sering mendengar kaunselor sekolah atau kaunselor kerjaya sekolah tetapi jarang menden...
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Journal of Faculty of Social Sciences and Humanities. Universiti Kebangsaan Malaysia
2012
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/2820/ http://journalarticle.ukm.my/2820/ http://journalarticle.ukm.my/2820/1/khadijah012.pdf |
Summary: | Kertas kerja ini bertujuan untuk meninjau masalah penderaan kanak-kanak di peringkat sekolah dan
peranan pekerja sosial sekolah dalam menangani gejala sosial terutamanya penderaan kanak-kanak. Di
Malaysia, kita sering mendengar kaunselor sekolah atau kaunselor kerjaya sekolah tetapi jarang
mendengar adanya pekerja sosial di sekolah. Kajian kes berasaskan pendekatan fenomenologi telah
dipilih sebagai pendekatan kajian. Responden kajian adalah kanak-kanak sekolah berbangsa Melayu, Cina
dan India yang berumur antara 7 hingga 15 tahun dan tinggal di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur. Kajian
ini dijalankan pada tahun 1994 dan sampel kajian diperolehi melalui kerjasama bahagian rekod, Pusat
Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Penemuan hasil kajian mendapati bahawa terdapat pelbagai
bentuk penderaan iaitu fizikal, seksual, emosional dan penganiayaan. Kajian ini mendapati penderaan
kanak-kanak merupakan suatu kemelut yang rumit dan kompleks untuk didiagnosis, sama ada kejadian ini
merupakan kemalangan, penyakit atau kecederaan yang disengajakan. Penderaan kanak-kanak tidak
terbatas pada situasi kanak-kanak, ibubapa atau penjaga, tetapi juga termasuk sesiapa sahaja yang
diamanahkan dalam penjagaan dan pengawalan kanak-kanak seperti pembantu rumah, saudara-mara, jiran
atau guru-guru. Kertas kerja ini merumuskan bahawa perkhidmatan kerja sosial di sekolah dapat
bertindak sebagai intervensi awal yang membantu mencegah peningkatan dalam kes penderaan kanakkanak
dan pelbagai masalah sosial dalam kalangan pelajar sekolah. Perkhidmatan kerja sosial di sekolah
juga boleh membantu mengurangkan beban guru dalam menangani masalah pembelajaran dalam
kalangan pelajar bermasalah yang berpaksikan kepada keruntuhan sistem kekeluargaan, modenisasi dan
urbanisasi. |
---|