Bioanalysis based on glutamate dehydrogenase/diaphorase system for ammonium determination (Bioanalisis berasaskan sistem glutamat dehidrogenase-diaporase untuk pengesanan ammonium)

Bioanalisis bagi pengesanan ammonium berdasarkan penggunaan sistem dua enzim Glutamat dehidrogenase-Diaporase (GLDH-Dph) dan reagen tiazolil biru tetrazolium bromida (MTT) diterangkan. Dalam kajian ini, GLDH memangkinkan tindak balas penukaran asid α-ketoglutarik membentuk L-glutamat dan kofaktor β-...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nur Ellina Azmi, Jaafar Abdullah, Musa Ahmad, Lee, Yook Heng, Hamidah Sidek, Samsulida Abd Rahman
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2011
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/2937/
http://journalarticle.ukm.my/2937/
http://journalarticle.ukm.my/2937/1/09_Nur_Ellina.pdf
Description
Summary:Bioanalisis bagi pengesanan ammonium berdasarkan penggunaan sistem dua enzim Glutamat dehidrogenase-Diaporase (GLDH-Dph) dan reagen tiazolil biru tetrazolium bromida (MTT) diterangkan. Dalam kajian ini, GLDH memangkinkan tindak balas penukaran asid α-ketoglutarik membentuk L-glutamat dan kofaktor β-nikotinamida adenina dinukleotida (NADH) akan dioksidakan kepada NAD+ dengan kehadiran ammonium. Seterusnya, baki NADH yang tidak digunakan dioksidakan kepada NAD+ oleh Dph dan MTT dan diturunkan kepada formazan yang berwarna ungu. Keamatan formazan yang terbentuk dicerap menggunakan spektrofotometer pada panjang gelombang 563 nm. Bioanalisis ini memberikan rangsangan yang optimum bagi pengesanan ammonium pada pH larutan penimbal fosfat bersamaan 8, kepekatan GLDH, Dph dan reagen MTT pada 13.2 unit/mL, 1.17 unit/mL dan 0.2 mM, masing-masing. Bioanalisis ini memberikan rangsangan linear terhadap ammonium dalam julat kepekatan 3 - 50 μM dengan had pengesanan 1 μM.