Loceng gangsa purba di Malaysia : sumbangannya dalam penyelidikan peradaban masyarakat peribumi purba
Idea utama kajian ini ialah untuk menukili beberapa fakta yang dapat memberi iktibar mengenai penggunaan artifak-artifak purba dalam merekonstruksi peradaban masyarakat peribumi. Bahan-bahan penelitian adalah terdiri daripada empat buah loceng gangsa yang dijumpai di Malaysia. Dalam aspek pentari...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
2010
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/3016/ http://journalarticle.ukm.my/3016/ http://journalarticle.ukm.my/3016/1/01ADNAN_JUSOH.pdf |
Summary: | Idea utama kajian ini ialah untuk menukili beberapa fakta yang dapat memberi
iktibar mengenai penggunaan artifak-artifak purba dalam merekonstruksi
peradaban masyarakat peribumi. Bahan-bahan penelitian adalah terdiri daripada
empat buah loceng gangsa yang dijumpai di Malaysia. Dalam aspek pentarikhan,
pengkaji menggunakan kaedah Thermolunescence ke atas loceng gangsa yang
ditemui di Kampung Penchu, Muar (Johor). Didapati loceng gangsa tersebut
dicipta sekitar tahun 150 Masihi. Selain itu, pengkaji menggunakan kaedah
tipologi bagi meneliti aspek fizikal, meliputi bentuk dan motif ukiran, pada locengloceng
gangsa tersebut. Didapati kesemua loceng tersebut adalah identikal.
Sehubungan itu, loceng gangsa purba di Malaysia itu dianggap berasal dari
tempat dan zaman yang sama. Kajian ini menyimpulkan loceng gangsa itu
bukanlah produk masyarakat tempatan di negara ini, sebaliknya, merupakan
bahan yang diimport dari luar. Ini kerana berasaskan analisis makmal didapati
loceng gangsa itu diperbuat daripada bahan galian yang tidak wujud di negara
ini. Sehubungan itu, dihujahkan bahawa loceng-loceng gangsa itu hadir di
negara ini kerana dibawa dari luar ekoran daripada aktiviti perdagangan. Walau
bagaimanapun, dijelaskan loceng gangsa purba di Malaysia itu tetap memberi
sumbangan dalam penyelidikan peradaban, antaranya, ia dapat mengingatkan
bahawa tidak semua peristiwa masa lampau menjadi peristiwa penting bagi
masyarakat kini. Tidak semua jumpaan artifak purba mempunyai kaitan secara
langsung peradaban masyarakat peribumi masa kini. Sebaliknya, sebahagian
daripadanya hanyalah ‘tinggalan lama’ di sesebuah lokasi. Memang benar setiap
perkara mempunyai sejarah termasuk seekor kuda yang mati. Walau
bagaimanapun, kepentingannya daripada segi persejarahan hanya mengenainya,
tidak semestinya berkait dengan pihak lain. |
---|