Tauhid dan kepimpinan perempuan dalam Salam Maria karya Fatimah Busu

Makalah ini menilai novel karya Fatimah Busu bertajuk Salam Maria (2004a) daripada sudut tauhid dan kepimpinan perempuan berasaskan al-Qur’an dan al-Hadis sebagai kayu-ukur. Di samping itu, digunakan juga pendekatan bandingan dengan beberapa buah karya di Indonesia, Timur Tengah dan Barat. Makal...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Faisal Tehrani
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan 2010
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3018/
http://journalarticle.ukm.my/3018/
http://journalarticle.ukm.my/3018/1/01ADNAN_JUSOH.pdf
Description
Summary:Makalah ini menilai novel karya Fatimah Busu bertajuk Salam Maria (2004a) daripada sudut tauhid dan kepimpinan perempuan berasaskan al-Qur’an dan al-Hadis sebagai kayu-ukur. Di samping itu, digunakan juga pendekatan bandingan dengan beberapa buah karya di Indonesia, Timur Tengah dan Barat. Makalah ini mengingatkan tentang adanya ‘kecuaian’ yang serius dilakukan oleh pengarang novel Salam Maria iaitu menggunakan mitos, mimpi dan pengalaman sendiri sebagai sumber untuk membina simbol-simbol yang tidak relevan dengan Islam khususnya berkait dengan tauhid. Ini menyebabkan berlakunya kekaburan dalam teks sehingga boleh menjejaskan aspek tauhid, iaitu tema yang ingin dikemukakan. Selanjutnya, di samping mengemukakan simbol yang bersifat kosmetik dan dapat mengelirukan pembaca, pengarang novel tersebut tidak berhati-hati dalam menggarap watak utamanya, iaitu Maria Zaitun, dengan menyuntik imej feminis yang tidak menepati kehendak ajaran Islam sebenarnya.