Kesenian bernuansa Islam Suku Melayu Minangkabau

Makalah ini menyelami dasar kesenian bernuansa Islam dan perkembangannya dalam suku Melayu Minangkabau di Sumatera Barat. Tumpuan diberikan terhadap berzanji, dikia rabano, salawat dulang, dan indang kerana merupakan genre-genre identiti kesenian Islam dalam masyarakat tersebut. Data analisis di...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ediwar, Mohamad Anwar Omar Din, Zulayti Zakaria
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan 2010
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3028/
http://journalarticle.ukm.my/3028/
http://journalarticle.ukm.my/3028/1/01ADNAN_JUSOH.pdf
Description
Summary:Makalah ini menyelami dasar kesenian bernuansa Islam dan perkembangannya dalam suku Melayu Minangkabau di Sumatera Barat. Tumpuan diberikan terhadap berzanji, dikia rabano, salawat dulang, dan indang kerana merupakan genre-genre identiti kesenian Islam dalam masyarakat tersebut. Data analisis diperoleh daripada tinjauan lapangan dan temubual intensif dengan para seniman dan masyarakat pendokong genre-genre kesenian ini di beberapa buah negeri (kampung) dalam Provinsi Sumatra Barat, Indonesia, selama kira-kira dua minggu, dari 3 Jun hingga 19 Jun 2010. Kajian ini mendapati genre-genre kesenian Islami itu pada mulanya berkembang di surau malah identitinya adalah sinonim dengan surau. Jantung hati kesenian ini adalah Syattariyah yang merupakan amalan masyarakat Minang amnya. Kesenian ini turut mengalami perkembangan, seiringan dengan perkembangan sosiobudaya masyarakat umumnya. Sejak awal akhir abad ke-19, seiringan dengan pengukuhan doktrin “adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah,” muncul versi kesenian Islami dalam bentuk budaya-rakyat (folk-culture). Kemudian, seiringan dengan kepesatan modenisasi dalam bidang ekonomi, politik, pendidikan dan sosiobudaya yang berkebetulan berlaku pada era pengenalan Orde Baru (1960- an dan 1970-an) maka muncul pula versi kesenian Islami berbentuk budayapopular Sementara versi asalnya yang identitas dengan surau masih utuh, muncul dua versi baru iaitu bernuansa Islam yang mempunyai unsur-unsur/ pengaruh budaya-rakyat dan budaya-popular. Oleh itu, walaupun berlaku perubahan namun kesemua versi kesenian Islami itu masih kuat mempertahankan unsur-unsur konservatif dan Islam. Unsur-unsur inilah menjadi teras dinamika kesenian Islami di Sumatera Barat.