Manusia dan kuasa : meneliti politik perpartian dalam beberapa novel Melayu 1970-an hingga 1980-an

Makalah ini meneliti politik perpartian dalam beberapa buah novel Melayu yang dihasilkan pada dekad 1970-an dan 1980-an. Novel-novel yang diteliti ialah Sutan Baginda dan Tunggul-tunggul Gerigis karya Shahnon Ahmad, Juara karya S.Othman Kelantan, Tokoh Terpilih karya Rahman Shaari, dan Buai Diayu...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Che Abdullah Che Ya, Mawar Shafie, Misran Rokimin
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan 2010
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3029/
http://journalarticle.ukm.my/3029/
http://journalarticle.ukm.my/3029/1/01ADNAN_JUSOH.pdf
Description
Summary:Makalah ini meneliti politik perpartian dalam beberapa buah novel Melayu yang dihasilkan pada dekad 1970-an dan 1980-an. Novel-novel yang diteliti ialah Sutan Baginda dan Tunggul-tunggul Gerigis karya Shahnon Ahmad, Juara karya S.Othman Kelantan, Tokoh Terpilih karya Rahman Shaari, dan Buai Diayun Anak Dicubit karya Marwilis Haji Yusof. Persoalan politik digarapkan dengan menggunakan pendekatan politik kuasa kerana dunia politik itu sendiri berkisar di sekeliling persoalan percanggahan-percangahan pendapat dan kepentingan sesama ahli masyarakat yang melibatkan pula persoalan kuasa. Berdasarkan novel-novel ini sebagai fakta, makalah ini mendapati politik perpatian dalam novel Melayu adalah pantulan atau manifestasi realiti kehidupan sebenar. Novelnovel ini membayangkan perebutan kuasa, permusuhan, pertentangan, lobimelobi, penyelewengan, dan penganiayaan adalah perkara lazim berlaku dalam kehidupan sebenar, terutamanya sekali daripada segi politik perpatian