Hubungan antara penglibatan ibubapa dan pencapaian akademik pelajar miskin di negeri Selangor

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penglibatan ibubapa iaitu perbincangan, penjagaan dan komunikasi antara ibubapa dan anak di rumah hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar miskin. 180 orang pelajar miskin yang tinggal bersama keluarga di rumah di Negeri Selangor telah dipilih secara r...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Zulkifli Abd. Hamid, Jamilah Othman, Aminah Ahmad, Ismi Arif Ismail
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Education, U.K.M 2011
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3161/
http://journalarticle.ukm.my/3161/
http://journalarticle.ukm.my/3161/1/34.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penglibatan ibubapa iaitu perbincangan, penjagaan dan komunikasi antara ibubapa dan anak di rumah hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar miskin. 180 orang pelajar miskin yang tinggal bersama keluarga di rumah di Negeri Selangor telah dipilih secara rawak bagi kajian ini. Dapatan analisis deskripitf menunjukkan perbincangan ibubapa dengan anak di rumah mempunyai nilai min yang rendah iaitu 2.56, penjagaan mempunyai nilai min rendah (2.66) manakala nilai min komunikasi ibubapa dan anak di rumah pada tahap sederhana (3.33). Keputusan analisis korelasi Pearson pula membuktikan terdapatnya hubungan yang signifikan antara perbincangan (r = 0.731, p < 0.01), penjagaan (r = 0.737, p < 0.01) dan komunikasi ( r = 0.691, p < 0.01) di rumah dengan pencapaian akademik pelajar. Analisis regresi pula mendapati penglibatan ibu bapa memberi sumbangan 74.5% ke atas pencapaian akademik pelajar