Civil disobedience dalam kalangan pengundi Cina di Malaysia

Malaysia adalah sebuah negara multi-etnik. Parti-parti politik yang ditubuhkan juga cenderung mengikut identiti etnik masing-masing. Misalnya Barisan Nasional (BN) merupakan parti pemerintah yang cenderung berasaskan etnik dan terdiri daripada Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) mewakili kaum Mel...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Suhana Saad, Kartini Aboo Talib@Khalid
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2011
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3202/
http://journalarticle.ukm.my/3202/
http://journalarticle.ukm.my/3202/1/5.geografia-2011-4-sp-suhana-ukm-2-am.doc.pdf
Description
Summary:Malaysia adalah sebuah negara multi-etnik. Parti-parti politik yang ditubuhkan juga cenderung mengikut identiti etnik masing-masing. Misalnya Barisan Nasional (BN) merupakan parti pemerintah yang cenderung berasaskan etnik dan terdiri daripada Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) mewakili kaum Melayu, Malaysian Chinese Associasion (MCA) yang mewakili etnik Cina dan Malaysian Indian Congress (MIC) yang mewakili etnik India begitu juga dengan parti-parti politik di Sabah dan Sarawak yang menjadi komponen BN cenderung berasaskan etnik masing-masing. Bagaimanapun, selepas pilihan raya 2008, berlaku peralihan dalam tren pengundian bagi ketiga-tiga etnik iaitu Melayu telah berpaling daripada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), India daripada Malaysian Indian Congress (MIC) begitu juga dengan Cina yang berpaling daripada Malaysian Chinese Organisation (MCA) dan Gerakan. Keputusan pilihan raya umum menjelaskan tentang fenomena civil disobedience yang merujuk kepada bantahan atau protes rakyat terhadap beberapa isu dan dasar yang dikaitkan dengan kerajaan seperti politik, ekonomi, pendidikan, etnik dan agama. Rentetan daripada gelombang civil disobedience tersebut,pengundi Cina yang rata-ratanya menghuni kawasan bandar telah beralih menyokong pembangkang terumanya Democratic Action Party (DAP) yang terkenal sebagai sebuah parti cauvinis Cina. Persoalannya apakah pola ini akan berkekalan dalam kalangan pengundi bandar? Kertas ini bertujuan untuk meneliti pencapaian parti politik Cina terutamanya DAP sejak pilihan raya 2008 dengan memberikan fokus terhadap pola pengundian di dua buah negeri iaitu Selangor dan Kuala Lumpur serta perkembangan terkini dalam pilihan raya DUN Sarawak 2011