Merantau ke Kuala Lumpur: tradisi merantau dan berdagang masyarakat Minang

Tradisi merantau adalah sebahagian daripada sejarah sosial dan ekonomi masyarakat Melayu terutamanya yang berketurunan Minangkabau. Kajian mengenai migrasi yang dilakuan oleh para sarjana terutamanya yang melibatkan masyarakat Melayu amat kurang dilakukan terutamanya pada abad ke-19 dan awal abad ke...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nelmawarni Bungo, Nordin Hussin
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2011
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3207/
http://journalarticle.ukm.my/3207/
http://journalarticle.ukm.my/3207/1/10.geografia-2011-4-sp-nel%26nurdin-uin_padang%26ukm-1-am.doc.pdf
Description
Summary:Tradisi merantau adalah sebahagian daripada sejarah sosial dan ekonomi masyarakat Melayu terutamanya yang berketurunan Minangkabau. Kajian mengenai migrasi yang dilakuan oleh para sarjana terutamanya yang melibatkan masyarakat Melayu amat kurang dilakukan terutamanya pada abad ke-19 dan awal abad ke-20. Kebanyakkannya hanya memberikan fokus kepada migrasi Orang Cina dan India. Merantau dalam dunia yang tanpa sempadan sebelum wujudnya negara bangsa adalah sesuatu yang lumrah dilakukan oleh masyarakat Melayu untuk mengubah dan meningkatkan status kehidupan seseorang. Merantau dikalangan masyarakat Minang telah berlaku sejak zaman awal lagi bila sebahagian masyarakat Minang telah merantau ke wilayah timur pulau Sumatera dan seterusnya ke Semananjung Tanah Melayu terutamanya ke Kuala Lumpur. Artikel ini membicarakan tentang perantau Minang yang telah berjaya membuka Kuala Lumpur dan juga konsep merantau yang menjadi asas kepada tradisi masyarakat Minangkabau tersebut.