Kebolehterjemahan budaya tabiat Bahasa Cina-Bahasa Melayu

Makalah ini membincangkan kajian tentang kebolehterjemahan budaya tabiat yang tergolong dalam kata kerja. Dengan memanfaatkan satu himpunan teori yang merangkumi konsep penterjemahan, teori semantik dan teori sosiolinguistik, unit linguistik yang mengandungi unsur budaya tabiat daripada Shui Hu Zhua...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Goh, Sang Seong
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UKM 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3270/
http://journalarticle.ukm.my/3270/
http://journalarticle.ukm.my/3270/1/pp_183_199.pdf
Description
Summary:Makalah ini membincangkan kajian tentang kebolehterjemahan budaya tabiat yang tergolong dalam kata kerja. Dengan memanfaatkan satu himpunan teori yang merangkumi konsep penterjemahan, teori semantik dan teori sosiolinguistik, unit linguistik yang mengandungi unsur budaya tabiat daripada Shui Hu Zhuan (Hikayat Pinggir Air) telah dikutip dan dianalisis. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan sampel budaya tabiat dalam bahasa Cina bersifat tidak boleh terjemah kedalam bahasa Melayu. Tahap kebolehterjemahan unsur budaya ini banyak bergantung pada kewujudan bentuk dan fungsi budaya bahasa sumber dalam jaringan sosiolinguistik bahasa sasaran. Apabila bentuk dan fungsi budaya tabiat bahasa Cina juga wujud dalam bahasa Melayu, tahap kemungkinan boleh terjemahannya adalah lebih tinggi dibandingkan dengan bentuk dan fungsi budaya tabiat bahasa Cina yang tidak wujud dalam jaringan sosiolinguistik bahasa Melayu.