Analisis kinetik pengeringan rumpai laut Gracilaria changii menggunakan sistem pengering suria (Drying kinetics analysis of seaweed gracilaria changii using solar drying system)
Sistem pengering suria untuk pengeringan hasil pertanian dan laut telah direka bentuk, dibina dan diuji dalam suasana cuaca di Malaysia. Sistem pengeringan suria yang dibina, diuji untuk mengeringkan rumpai laut Gracilaria changii. Rumpai laut yang dikeringkan mempunyai kandungan air sekitar 95% asa...
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Universiti Kebangsaan Malaysia
2012
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/3298/ http://journalarticle.ukm.my/3298/ http://journalarticle.ukm.my/3298/1/14%2520Mohd%2520Yusof.pdf |
Summary: | Sistem pengering suria untuk pengeringan hasil pertanian dan laut telah direka bentuk, dibina dan diuji dalam suasana cuaca di Malaysia. Sistem pengeringan suria yang dibina, diuji untuk mengeringkan rumpai laut Gracilaria changii. Rumpai laut yang dikeringkan mempunyai kandungan air sekitar 95% asas berat basah untuk menghasilkan produk kering yang mempunyai kandungan air 10%. Proses pengeringannya mengambil masa selama kira-kira 7 jam, pada purata keamatan sinaran suria 593 W/m2 dan kadar aliran udara pengering 0.0613 kg/s. Pemadanan tiga model pengeringan telah dilakukan dengan data uji kaji pengeringan rumpai laut menggunakan sistem pengering suria pada suhu udara purata dalam kebuk 50oC dan purata kelembapan relatif udara 20%. Kejituan padanan model ditentukan berdasarkan nilai R2 yang paling tinggi, juga nilai MBE dan RMSE yang paling rendah. Kajian ini mendapati model pengeringan rumpai laut yang sesuai adalah model pengeringan Page dibandingkan dengan model pengeringan yang lain (model pengeringan Newton dan model Henderson dan Pabis). |
---|