Penemuan seramik China di Kampung Sungai Mas, Kota Kuala Muda, Kedah

Kegemilangan Sungai Mas sebagai sebuah tapak penting zaman proto-sejarah pada tahun 1979 apabila projek pembinaan tali air di Kampung Sungai Mas, Kota Kuala Muda Kedah telah menemukan pelbagai jenis artifak seperti pecahan seramik perdagangan asing, bahan binaan candi, pelbagai jenis manik dan serp...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Zuliskandar Ramli, Farhana Abdullah, Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman, Asyaari Muhamad
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2011
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3315/
http://journalarticle.ukm.my/3315/
http://journalarticle.ukm.my/3315/1/Penemuan_seramik_China.pdf
id ukm-3315
recordtype eprints
spelling ukm-33152016-12-14T06:34:17Z http://journalarticle.ukm.my/3315/ Penemuan seramik China di Kampung Sungai Mas, Kota Kuala Muda, Kedah Zuliskandar Ramli, Farhana Abdullah, Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman, Asyaari Muhamad, Kegemilangan Sungai Mas sebagai sebuah tapak penting zaman proto-sejarah pada tahun 1979 apabila projek pembinaan tali air di Kampung Sungai Mas, Kota Kuala Muda Kedah telah menemukan pelbagai jenis artifak seperti pecahan seramik perdagangan asing, bahan binaan candi, pelbagai jenis manik dan serpihan kaca yang dipercayai dari Timur Tengah, tembikar tanah dan arca agama. Inskripsi Sungai Mas I yang telah diberi pentarikhan relatif abad ke 6 atau ke 7 Masihi juga telah ditemui secara tidak sengaja oleh penduduk kampung. Kajian seterusnya dilakukan oleh Jane Allen, dari Amerika Syarikat dengan Jabatan Geografi, Universiti Malaya di mana penyelidikan tersebut adalah berkaitan “Trade transportation and tributaries: exchange, agriculture and settlement distribution in early historic-period Kedah, Malaysia”. Beliau telah melaporkan sebanyak 12 buah tapak bersama jumpaan artifak yang terdiri daripada bahan binaan, seramik asing, tembikar tanah, kaca, manik dan batu bersurat di kawasan kampung Sungai Mas. Kajian diteruskan oleh kumpulan arkeologi UKM dan Jabatan Muzium Malaysia mendapati Sungai Mas merupakan tapak tanah bersejarah yang merupakan bandar pelabuhan Kedah purba terawal di Lembah Bujang. Keadaan ini dibuktikan dengan penemuan pelbagai jenis artifak pecahan seramik yang merupakan data yang bernilai tinggi. Di antara bukti penting terhadap kewujudan Sungai Mas sebagai pelabuhan purba ialah penemuan Seramik China dari zaman Dinasti Tang (618-906 A.D.) dan Dinasti Sung (960-1279 A.D.), Yuan (1271-1368 A.D.), Dinasti Ming (1368-1644 A.D.) dan Dinasti Ching (1644-1911 A.D.). Jenis seramik China yang sering dijumpai di Sungai Mas ialah stoneware, celadon, Qing Pai dan porselin. Seramik Timur Tengah abad 8 hingga 9 Masihi, berwarna biru atau hijau dan pecahan kaca (Islamic glass) pelbagai warna juga ditemui. Malahan kajian perbandingan yang dilakukan oleh penyelidik tempatan mendapati bahawa seramik China yang ditemui di Sungai Mas mempunyai banyak persamaan di seluruh Asia Tenggara dalam zaman tersebut. Hal ini mengukuhkan lagi bukti bahawa Sungai Mas merupakan sebuah pelabuhan entrepot yang terpenting di Asia Tenggara suatu ketika dahulu. Universiti Kebangsaan Malaysia 2011-06 Article PeerReviewed application/pdf en http://journalarticle.ukm.my/3315/1/Penemuan_seramik_China.pdf Zuliskandar Ramli, and Farhana Abdullah, and Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman, and Asyaari Muhamad, (2011) Penemuan seramik China di Kampung Sungai Mas, Kota Kuala Muda, Kedah. SARI: Jurnal Alam dan Tamadun Melayu, 29 (1). pp. 181-199. ISSN 0127-2721 http://www.sarionline.ukm.my/
repository_type Digital Repository
institution_category Local University
institution Universiti Kebangasaan Malaysia
building UKM Institutional Repository
collection Online Access
language English
description Kegemilangan Sungai Mas sebagai sebuah tapak penting zaman proto-sejarah pada tahun 1979 apabila projek pembinaan tali air di Kampung Sungai Mas, Kota Kuala Muda Kedah telah menemukan pelbagai jenis artifak seperti pecahan seramik perdagangan asing, bahan binaan candi, pelbagai jenis manik dan serpihan kaca yang dipercayai dari Timur Tengah, tembikar tanah dan arca agama. Inskripsi Sungai Mas I yang telah diberi pentarikhan relatif abad ke 6 atau ke 7 Masihi juga telah ditemui secara tidak sengaja oleh penduduk kampung. Kajian seterusnya dilakukan oleh Jane Allen, dari Amerika Syarikat dengan Jabatan Geografi, Universiti Malaya di mana penyelidikan tersebut adalah berkaitan “Trade transportation and tributaries: exchange, agriculture and settlement distribution in early historic-period Kedah, Malaysia”. Beliau telah melaporkan sebanyak 12 buah tapak bersama jumpaan artifak yang terdiri daripada bahan binaan, seramik asing, tembikar tanah, kaca, manik dan batu bersurat di kawasan kampung Sungai Mas. Kajian diteruskan oleh kumpulan arkeologi UKM dan Jabatan Muzium Malaysia mendapati Sungai Mas merupakan tapak tanah bersejarah yang merupakan bandar pelabuhan Kedah purba terawal di Lembah Bujang. Keadaan ini dibuktikan dengan penemuan pelbagai jenis artifak pecahan seramik yang merupakan data yang bernilai tinggi. Di antara bukti penting terhadap kewujudan Sungai Mas sebagai pelabuhan purba ialah penemuan Seramik China dari zaman Dinasti Tang (618-906 A.D.) dan Dinasti Sung (960-1279 A.D.), Yuan (1271-1368 A.D.), Dinasti Ming (1368-1644 A.D.) dan Dinasti Ching (1644-1911 A.D.). Jenis seramik China yang sering dijumpai di Sungai Mas ialah stoneware, celadon, Qing Pai dan porselin. Seramik Timur Tengah abad 8 hingga 9 Masihi, berwarna biru atau hijau dan pecahan kaca (Islamic glass) pelbagai warna juga ditemui. Malahan kajian perbandingan yang dilakukan oleh penyelidik tempatan mendapati bahawa seramik China yang ditemui di Sungai Mas mempunyai banyak persamaan di seluruh Asia Tenggara dalam zaman tersebut. Hal ini mengukuhkan lagi bukti bahawa Sungai Mas merupakan sebuah pelabuhan entrepot yang terpenting di Asia Tenggara suatu ketika dahulu.
format Article
author Zuliskandar Ramli,
Farhana Abdullah,
Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman,
Asyaari Muhamad,
spellingShingle Zuliskandar Ramli,
Farhana Abdullah,
Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman,
Asyaari Muhamad,
Penemuan seramik China di Kampung Sungai Mas, Kota Kuala Muda, Kedah
author_facet Zuliskandar Ramli,
Farhana Abdullah,
Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman,
Asyaari Muhamad,
author_sort Zuliskandar Ramli,
title Penemuan seramik China di Kampung Sungai Mas, Kota Kuala Muda, Kedah
title_short Penemuan seramik China di Kampung Sungai Mas, Kota Kuala Muda, Kedah
title_full Penemuan seramik China di Kampung Sungai Mas, Kota Kuala Muda, Kedah
title_fullStr Penemuan seramik China di Kampung Sungai Mas, Kota Kuala Muda, Kedah
title_full_unstemmed Penemuan seramik China di Kampung Sungai Mas, Kota Kuala Muda, Kedah
title_sort penemuan seramik china di kampung sungai mas, kota kuala muda, kedah
publisher Universiti Kebangsaan Malaysia
publishDate 2011
url http://journalarticle.ukm.my/3315/
http://journalarticle.ukm.my/3315/
http://journalarticle.ukm.my/3315/1/Penemuan_seramik_China.pdf
first_indexed 2023-09-18T19:38:28Z
last_indexed 2023-09-18T19:38:28Z
_version_ 1777405430050324480