Peta budaya wilayah utara: metodologi dan aplikasi
Antara objektif kajian Warisan Alam dan Budaya Wilayah Utara, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan adalah untuk menggumpul data-data berkaitan budaya, warisan dan rekreasi yang merangkumi, budaya persembahan, lisan serta bangunan-bangunan dan lokasi-lokasi yang bekaitan di negeri-negeri di Wilayah Utar...
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Universiti Kebangsaan Malaysia
2011
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/3317/ http://journalarticle.ukm.my/3317/ http://journalarticle.ukm.my/3317/1/Peta_Budaya_Wilayah_Utara.pdf |
Summary: | Antara objektif kajian Warisan Alam dan Budaya Wilayah Utara, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan adalah untuk menggumpul data-data berkaitan budaya, warisan dan rekreasi yang merangkumi, budaya persembahan, lisan serta bangunan-bangunan dan lokasi-lokasi yang bekaitan di negeri-negeri
di Wilayah Utara Semenanjung Malaysia. Selain mengumpul data-data seperti teks, lisan, gambar dan sebagainya penyelidikan ini juga akan membangunkan data-data geografi ataupun lokasi bagi setiap budaya dan warisan yang terlibat seterusnya mewujudkan Pangkalan data budaya Wilayah Utara dan seterusnya membanggunkan Peta Budaya Wilayah Utara(PBWU).Pembangunan “Peta Budaya” antara melibatkan pengintegrasian teknologi maklumat ruangan, aplikasi talian, GIS sumber terbuka (Open source GIS)dan data ruangan bersama taburan senibina dan kemanusiaan yang berkaitan dengan warisan budaya. PBWU juga adalah satu daripada penyelidikan dalam pelbagai bidang yang melibatkan teknologi maklumat dalam usaha membangunkan Atlas Budaya selaras dengan Electronic Cultural Atlas Initiative (ECAI). Peta budaya secara talian ini penting dalam usaha penjagaan, penyelengaraan, perlindungan dan sebagai promosi lokasi-lokasi yang berkaitan warisan dan budaya. Kertas kerja ini akan membincangkan Metodologi dan aplikasi “Peta Budaya” Wilayah Utara yang dibangunkan. |
---|