Analisis status dan penentu daya saing pekerja dalam sektor pendidikan di Malaysia

Sektor pendidikan di Malaysia merupakan sektor yang diberi perhatian utama oleh kerajaan dalam menghasilkan modal manusia yang berdaya saing dan memenuhi keperluan semasa ekonomi. Malaysia telah menekankan kepentingan pendidikan dari peringkat pra sekolah sehingga ke peringkat universiti. Ini dibukt...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Rahmah Ismail, Ishak Yussof, Abd. Hair Awang, Syahida Zainal Abidin
Format: Article
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2010
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3375/
http://journalarticle.ukm.my/3375/
Description
Summary:Sektor pendidikan di Malaysia merupakan sektor yang diberi perhatian utama oleh kerajaan dalam menghasilkan modal manusia yang berdaya saing dan memenuhi keperluan semasa ekonomi. Malaysia telah menekankan kepentingan pendidikan dari peringkat pra sekolah sehingga ke peringkat universiti. Ini dibuktikan oleh peruntukan pembangunan yang tinggi diberikan kerajaan persekutuan terhadap pendidikan, iaitu melebihi 20.0% berbanding sektor lain. Dalam arus globalisasi, permintaan terhadap tenaga kerja yang cekap dan berkebolehan dalam sektor pendidikan meningkat secara dramatik bagi menghasilkan lebih ramai tenaga kerja yang berdaya saing dalam pasaran buruh. Fokus utama artikel ini adalah untuk mengukur daya saing pekerja dalam sektor pendidikan. Analisis yang dijalankan berdasarkan kepada 567 eksekutif dalam sektor pendidikan di empat buah negeri, iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor. Kajian akan membentuk indeks daya saing, indeks kebolehan kerja dan indeks prestasi kerja. Ketiga-tiga indeks ini digunakan sebagai pemboleh ubah bersandar terhadap penentu daya saing seperti modal manusia, personaliti, etika individu, kepuasan dan persekitaran kerja. Hasil kajian menunjukkan daya saing pekerja dalam sektor ini masih lagi di tahap yang sederhana. Hasil kajian juga menunjukkan semua pemboleh ubah mempunyai kesan yang positif ke atas daya saing pekerja dan faktor yang paling penting adalah pencapaian modal manusia pekerja.