Summary: | Kewajiban berdakwah bagi setiap individu muslim adalah jelas dalam
al-Quran dan al-Sunnah. Berdakwah dalam erti kata menyuruh kepada
yang baik dan mencegah kemungkaran. Namun dalam pengertian
dakwah yang begitu luas terdapat juga pengertian yang lebih
mengkhusus contohnya seruan dan tanggungjawab menyebarkan Islam
kepada non muslim, tanggungjawab menjelaskan syariat Islam,
mencegah kemungkaran dan pelbagai lagi. Dalam suasana dan tuntutan
ini dakwah perlu dilaksanakan dengan keupayaan, kemahiran dan
kemampuan sebagai dai. Usaha untuk melaksanakan dakwah dengan
lebih profesional perlu dipertingkatkan dengan memfokuskan beberapa
perkara utama. Pertamanya pembinaan sahsiah, kemahiran para dai,
penerajuan dan penyusunan organisasi dengan lebih sistematik.
Pembinaan sahsiah adalah kemampuan dari aspek ilmu yang menjadi
maudu' dakwah dan metod berdakwah. Permasalahan yang sering
timbul ialah keseimbangan kemampuan ini sering dipertikai. Mereka
yang menguasai kandungan atau maudu dakwah atau lebih jelasnya
ilmu yang berkaitan dengan hukum hakam Islam tidak menguasai ilmu
yang berkaitan dengan sokongan berdakwah sebagai contohnya, ilmu
kornunikasi, kaunseling, pengurusan, bahasa dan sosiologi. Selain
daripada itu para dai sering berdepan dengan cabaran dan kekangan
persekitaran contohnya kekangan yang selalunya disifatkan sebagai
menjaga keamanan, hak asasi manusia dan sebagainya. Pun begitu
sewajarnya para ilmuan Islam mencari hala tuju dan melipatkan
gandakan usaha untuk mencari dan berusaha ke arah profesinalisme
dakwah agar kesinambungan dakwah yang dilakukan Rasulullah dapat
diteruskan. Sesungguhnya profesionalisme dakwah bukanlah bam,
ianya telah wujud di zaman Rasulullah dan para sahabat,
tanggungjawab pendakwah kini ialah mengembalikannya dan
menyelaraskan sesuai dengan zaman kini.
|