Trend kenupsialan wanita di Semenanjung Malaysia: Satu kajian dari aspek himpitan perkahwinan (Nuptiality trend for women in Peninsular Malaysia: a Study from the aspect of Marriage Squeeze)

Ketakseimbangan jantina dalam kalangan lelaki dan wanita yang belum berkahwin telah membawa kepada fenomenon himpitan perkahwinan. Secara amnya, fenomenon ini berlaku seiring dengan arus pembangunan negara. Dengan menggunakan data Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Malaysi...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Marina Zahari, Wan Norsiah Mohamed, Lai , Lee Kung
Format: Article
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2011
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3453/
http://journalarticle.ukm.my/3453/
Description
Summary:Ketakseimbangan jantina dalam kalangan lelaki dan wanita yang belum berkahwin telah membawa kepada fenomenon himpitan perkahwinan. Secara amnya, fenomenon ini berlaku seiring dengan arus pembangunan negara. Dengan menggunakan data Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Malaysia dan Jabatan Perangkaan Malaysia, satu kajian telah dijalankan untuk mengesan aspek himpitan perkahwinan di Malaysia. Keputusan awal kajian mendapati fenomenon yang diukur berdasarkan penunjuk nisbah jantina wujud di Semenanjung Malaysia. Lanjutan daripada dapatan tersebut, ciri-ciri demografi dan sosioekonomi wanita belum berkahwin dikenal pasti menggunakan model regresi logistik. Faktor yang didapati mempunyai hubungan dengan status perkahwinan ialah taraf pendidikan, jenis keluarga atau isi rumah, status pekerjaan, umur dan tempat tinggal. Secara khususnya, wanita yang tinggal sendiri, berpendidikan tinggi dan bekerja terutamanya sebagai majikan cenderung untuk lewat berkahwin. Lebih menarik lagi, kesan bagi sebahagian daripada faktor- faktor tersebut ke atas status perkahwinan berbeza mengikut kumpulan etnik.