Stail berfikir dan stail pembelajaran pelajar jururawat:Satu kajian kes di kolej jururawat murni.

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti profil stail berfikir dan stail pembelajaran dalam kalangan pelajar jururawat di Kolej Kejururawatan Murni, Nilai Negeri Sembilan. Kajian ini juga bertujuan untuk mengukur hubungan serta sumbangan stail berfikir terhadap stail pembelajaran serta kesannya ke...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Amnah Zanariah Abd. Razak, Norzaini Azman
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3459/
http://journalarticle.ukm.my/3459/
http://journalarticle.ukm.my/3459/1/2%2520ATJHE66.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti profil stail berfikir dan stail pembelajaran dalam kalangan pelajar jururawat di Kolej Kejururawatan Murni, Nilai Negeri Sembilan. Kajian ini juga bertujuan untuk mengukur hubungan serta sumbangan stail berfikir terhadap stail pembelajaran serta kesannya ke atas pencapaian pelajar. Seramai 157 orang sampel yang terdiri daripada pelajar-pelajar tahun dua telah dipilih secara rawak. Data dikumpul menggunakan dua instrumen, iaitu instrumen Sternberg – Wagner (1997) bagi mengukur stail berfikir dan instrumen Grasha–Riechmann Student Learning Style Scales (GRSLSS) digunakan untuk mengukur stail pembelajaran. Data kuantitatif dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan program SPSS versi 11.5. Dapatan kajian menunjukkan stail berfikir dominan ialah eksekutif, judisial, monarki, oligarki, anarki, global, lokal dan konservatif, manakala stail pembelajaran dominan pula ialah kolaboratif dan kompetitif. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara stail berfikir dan stail pembelajaran pelajar. Namun, tidak ada hubungan yang signifikan antara stail berfikir dominan dengan pencapaian akademik pelajar. Dapatan juga menunjukkan stail berfikir dominan menyumbang kepada konstruk stail pembelajaran kolaboratif dan kompetitif. Kajian ini mencadangkan skor stail berfikir dan stail pembelajaran yang difikirkan ideal bagi pelajar. Berdasarkan hasil kajian, beberapa cadangan diutarakan untuk membantu meningkatkan tahap stail berfikir pelajar dengan mengambil kira stail belajar yang diperlukan bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dalam usaha melahirkan jururawat yang berkualiti.