Strategi pembangunan keusahawanan asnaf fakir dan miskin melalui agihan bantuan modal zakat
Salah satu jenis bantuan yang telah disalurkan oleh pihak pengurusan dan pentadbiran zakat bagi memastikan golongan asnaf fakir dan miskin dapat meningkatkan taraf hidup ialah bantuan dalam bentuk modal perniagaan. Pemberian modal diharap dapat menjana pendapatan jangka panjang dan membantu mentra...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2011
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/3488/ http://journalarticle.ukm.my/3488/ http://journalarticle.ukm.my/3488/1/jp33-04-lock.pdf |
Summary: | Salah satu jenis bantuan yang telah disalurkan oleh pihak pengurusan dan pentadbiran zakat bagi memastikan
golongan asnaf fakir dan miskin dapat meningkatkan taraf hidup ialah bantuan dalam bentuk modal perniagaan.
Pemberian modal diharap dapat menjana pendapatan jangka panjang dan membantu mentransformasikan mereka
menjadi usahawan dan seterusnya berubah dari penerima zakat kepada pembayar zakat. Namun kebanyakan penerima bantuan mengalami kegagalan dan alasan utama diberikan adalah menghadapi masalah berkaitan modal.
Persoalannya ialah adakah benar masalah modal menjadi faktor terpenting menyebabkan kegagalan atau mungkin
terdapat faktor lain yang tidak kurang pentingnya perlu diberi perhatian. Sehubungan itu kajian ini bertujuan
meneliti faktor-faktor selain modal yang dijangka penting dan mempengaruhi kejayaan atau kegagalan pembangunan usahawan asnaf fakir dan miskin. Kajian menggunakan model logit binomial ke atas 534 orang golongan asnaf yang telah menerima bantuan modal perniagaan di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Hasil kajian mendapati selain modal terdapat faktor lain yang juga signifikan mempengaruhi kejayaan perniagaan iaitu umur, jantina, tempoh berniaga, aspek pemantauan, ciri perniagaan, kecekapan pengurusan zakat, sikap optimis, kemahiran sosial, jaringan sosial, dan pengambil risiko. Implikasi penting dapatan kajian ialah strategi pembangunan usahawan asnaf tidak memadai difokuskan kepada aspek bantuan modal sahaja tetapi perlu juga disertakan dan dilengkapkan dengan faktor penting yang lain. |
---|