Model berstruktur pengukuran konstruk kebergunaan perisian kursus matematik

Penyelidikan bagi membangunkan instrumen yang piawai, memerlukan dua langkah. Pertama, kajian penjelajahan bagi membentuk model ukuran melalui analisis data secara empirik daripada suatu populasi. Kedua, kajian pengesahan yang menguji model ukuran hipotesis terhadap data yang dikumpulkan daripada po...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Noraidah Sahari @ Ashaari, Hairuliza Mohd. Judi, Abdul Azim Abdul Ghani, Mohd Hasan Selamat, Aida Suraya Md. Yunus
Format: Article
Published: Penerbit UKM 2009
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3504/
http://journalarticle.ukm.my/3504/
Description
Summary:Penyelidikan bagi membangunkan instrumen yang piawai, memerlukan dua langkah. Pertama, kajian penjelajahan bagi membentuk model ukuran melalui analisis data secara empirik daripada suatu populasi. Kedua, kajian pengesahan yang menguji model ukuran hipotesis terhadap data yang dikumpulkan daripada populasi yang sama. Dalam kajian awal, penyelidik telah menghasilkan satu model hipotesis dan satu set soal selidik melalui beberapa pengujian termasuk ujian kebeolehpercayaan dan ujian kesahan kandungan. Instrumen terdiri daripada tujuh faktor dan 64 metrik. Kertas ini membincangkan langkah seterusnya iaitu mengesahkan konstruk instrumen menggunakan analisis faktor penjelajahan seterusnya menghasilkan model berstruktur bagi kebergunaan perisian kursus matematik melalui analisis faktor pengesahan.